SEARCH

#Belasungkawa Stephen Hawking: Perginya Bapa Kosmologi & Manusiawi Moden

#Belasungkawa Stephen Hawking: Perginya Bapa Kosmologi & Manusiawi Moden

Bapa kosmologi moden, Stephen Hawking mati tanggal 14 Mac 2018 pada usia 76 tahun. Juga bergelar profesor merangkap saintis di Cambridge University, dia pernah menulis senaskah buku yang membawa kita kepada pemahaman mendalam tentang kosmo dan alam semesta menerusi “A Brief History of Time: From the Big Bang to Black Holes” (1988).

Terdapat juga filem yang meriwayatkan kisah hidupnya, “The Theory of Everything” yang turut tercalon untuk Anugerah Oscar 2014. Eddie Redmayne memenangi anugerah ‘Pelakon Lelaki Terbaik’ berkat melakonkan watak Hawking.

Semua orang, tanpa mengira daripada komuniti-komuniti sains, kepada barisan selebriti Hollywood, sehinggalah orang ramai tidak putus-putus mengucapkan takziah atas talian ke atas pemergian tokoh besar dalam dunia sains ini.

Stephen Hawking pantas untuk disanjungi, bukan sahaja di atas pencapaian dan penemuan-penemuan sainsnya, malah atas usaha manusiawi dan laungan hak asasi manusia yang pernah diperjuangkannya.

Biodata Stephen Hawking by STAIL.MY 1

Hawking bertungkus-lumus berjuang demi komuniti LGBT melalui usaha dia berkempen untuk membersihkan nama seorang ahli matematik dan falsafah terkenal British, Alan Turing untuk diampunkan.

Turing, yang dianggap sebagai Bapa Sains Komputer dan Kebijakan Buatan moden, terkenal kerana berjaya memecahkan kod operasi rahsia pihak Nazi Jerman semasa Perang Dunia Kedua. Kejayaan ini bukan sahaja menyebabkan pihak Perikatan (British + US + China + Soviet Union) menang, malah berjaya menyelamatkan kira-kira 15 juta nyawa yang tidak berdosa.

Namun malangnya kehidupan Turing musnah, gara-gara dia didakwa bersalah pada 1952 kerana sabit kesalahan ‘Perilaku Homoseksual dan Luar Tabii’ (salah di sisi undang-undang ketika itu). Turing bersetuju dengan hukuman suntikan kimia dan menolak hukuman penjara tetapi mati dua tahun kemudian akibat keracunan (kemungkinan membunuh diri).

Biodata Stephen Hawking by STAIL.MY

Pada 2012, Hawking bersama 10 lagi saintis menandatangani satu surat rasmi bagi mendesak David Cameron (yang menjabat jawatan Perdana Menteri UK ketika itu) untuk mengeluarkan kenyataan maaf secara rasmi daripada kerajaan British kepada Alan Turing.

Surat itu merestui Alan Turing selaku “salah satu ahli matematik yang terbaik di era moden” dan memberi penghargaan kepada pencapaian luar biasanya memecah kod operasi rahsia Nazi Jerman.

Hawking menyambung, “Namun kerajaan hari ini nampaknya ‘tidak berupaya’ untuk memberi pengampunan ke atas kesalahan ketinggalan zaman (yang menghukum) homoseksual,” luah Hawking di atas pena.

“Kami gesa perdana menteri untuk menjalankan tanggungjawab dan kuasanya, secara rasmi bagi mengampunkan tokoh ikonik dan adiwira British ini,” tegas Hawking.

Tahun seterusnya pada 2013, Alan Turing diberi Pengampunan Di-Raja. Walaupun bukan Hawking seorang sahaja yang memperjuangkan nasib jentaka si Turing, dia sedikit sebanyak memberi impak terhadap keputusan kerajaan dan istana British untuk memberikan pengampunan.

Pada 2017, Akta Alan Turing dibahaskan di parlimen dan diperkenankan untuk memberi pengampunan kepada semua pesalah-pesalah yang terkesan dengan ‘kesalahan-kesalahan homoseksual’ lampau di UK.

Sesungguhnya, surat sokongan Stephen Hawking, tidak lain dan tidak bukan memberi suara dan pengaruh yang agak besar terhadap perkembangan sejarah LGBTQ dunia. Pemikiran, falsafah dan ehsan yang dibawa Stephen Hawking, wajar dicontohi segenap lapisan manusia.

8 Januari 1942 – 14 Mac 2018
“Tiada maknanya alam semesta, jika tidak menjadi rumah yang selamat untuk manusia yang kamu sayang” – Stephen Hawking

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE