SEARCH

Pandai Bermain Biola, Sedia ‘Tergesel’ Melihat Ketampanan Uriah See!

Pandai Bermain Biola, Sedia ‘Tergesel’ Melihat Ketampanan Uriah See!

Uriah See, selebriti versatil yang cemerlang dalam setiap bidang yang diceburi.

Menerusi latihan disiplin dan konsisten, anak jati Pontian, Johor yang baru sahaja menginjak usia 24 tahun ini berpeluang mengetengahkan bakat yang selama ini tidak disedari dalam bidang nyanyian, lakonan dan seni penciptaan lagu.

Artis di bawah naungan Idea Music Entertaiment ini rajin menimba ilmu dan pelbagai pengalaman, sekaligus menjadikan Uriah See sebagai salah satu selebriti tempatan yang harus diperhatikan dewasa ini.

NYANYIAN

Pandai menyanyi dalam Bahasa Melayu, Mandarin dan Inggeris, bakatnya mula menyerlah apabila memenangi ‘Astro Star Quest Chinese Singing Competition 2014’ pada usia hanya 19 tahun. Seterusnya dia menjadi wakil Malaysia untuk menyertai pertandingan nyanyian, ‘Super Vocal’ musim kedua, salah satu program TV terbesar dan popular di China.

Selepas produksi mengumumkan 36 finalis yang berjaya menyertai ‘Super Vocal’, nama Uriah antara yang sering menjadi perhatian ramai. Dia amat menghargai peluang yang diberi kerana sejak kecil Uriah sudah didedahkan dengan muzik-muzik klasik. Uriah See memperolehi Diploma dalam bidang Muzik Klasikal.

Kini, Uriah sedang menjalani latihan dan penggambaran untuk program nyanyian tersebut. Dia juga sempat membuat penampilan dalam program TV ‘Day Day UP’ dengan bimbingan mentornya dari musim pertama. Uriah juga berjanji untuk memberikan persembahan yang terbaik agar nyanyiannya memberi kesan mendalam kepada penonton.

Pandai Bermain Viola, Sedia ‘Tergesel’ Dengan Bakat & Ketampanan Uriah See! 1

LAKONAN

Cubaan pertama Uriah sebagai pelakon utama untuk drama bersiri ‘Fried Rice Paradise’ di Singapura. Drama yang diadaptasi dari muzikal terkenal karya pemuzik Singapura, Dick Lee ini membuat Uriah mendapat pujian ramai. Pengenalan mengenai Uriah yang dimuat-naik di laman Facebook sahaja, berjaya meraih tontonan sehingga 1.9 juta dalam hanya tempoh dua bulan.

Sebagai teraju utama drama tersebut, Uriah berlakon sebagai Hennessy Goh, anak angkat seorang hartawan yang bakal mewarisi harta kekayaan ayahnya. Sebagai anak yang taat, dia mendapat arahan daripada ayahnya itu untuk menggoda pelakon wanita utama agar menjualkan kedai runcitnya kepada syarikat mereka dengan harapan seluruh kawasan itu akan menjadi hab perniagaan mereka. Namun sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Hennessy jatuh cinta kepada wanita yang sepatutnya dianiayainya itu.

Ditanya sama ada dia berasa tertekan membawa watak sebagai pelakon utama, jelas Uriah, tidak sama sekali. Ucap Uriah, dia cuba sedaya upaya memberikan lakonan yang terbaik untuk watak yang dibawa. Sebaik saja menerima skrip, Uriah berkata yang dia akan mendalami watak Hennessy sepenuh jiwa agar tidak tertekan sewaktu di set penggambaran.

PENULISAN

Uriah juga berbakat dalam menulis lagu. ‘Listen to Your Inner Voice’ nyanyian Victor Wong dan Azora Chin adalah lagu ciptaan pertamanya bersama rakan komposer. Lagu yang sering diputarkan di stesen radio Cina tempatan dan luar negara ini secara tidak langsung mempamerkan karisma Uriah See.

Uriah SEE turut gembira & teruja apabila mendapat tahu lagu ciptaannya itu bakal dimuatkan sebagai salah satu lagu utama dalam album milik Azora Chin yang sangat terkenal di Taiwan & China

Pada akhirnya, Uriah berharap di masa akan datang, hasil penulisannya itu akan mendapat pengiktirafan ramai. Sebagai anak seni yang berwibawa, Uriah See berjanji akan terus mengembangkan bakat seninya hingga ke peringkat antarabangsa, sekaligus mengharumkan nama negara.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE