SEARCH

Benci Dipanggil Mr Disney, Ini 20 Fakta Unik Walt Disney Yang Kamu Tak Tahu

Benci Dipanggil Mr Disney, Ini 20 Fakta Unik Walt Disney Yang Kamu Tak Tahu

Walt Disney adalah pengasas Disney dan salah satu nama yang paling dikenali di dunia. Sementara kamu mungkin mengenali filem-filem, taman tema dan watak-watak puteri Disney kegemaran semua, sejauh mana kamu mengenali lelaki yang memulakan empayar dan legasi besar ini?

Walt Disney menjalani kehidupan yang menakjubkan dan tidak ramai yang mengenali dengan lebih mendalam sosok legenda ini. Sehinggakan mungkin peminat setia pun mungkin tidak mengetahuinya? Tahukah kamu, dia pernah kehilangan hak untuk watak ciptaannya akibat perbalahan korporat sehingga studio pertamanya muflis?

Walt Disney World Statue
Atau fakta yang dia benci dipanggil dengan gelaran Mr. Disney? Sempena pelancaran Disney+ (siaran internet-televisyen berbayar seakan-akan Netflix) pada hujung tahun ini, teruskan membaca 20 fakta menarik tentang Walt Disney, seperti di bawah:

 

1 – Bermula dari permulaan yang sederhana

Walt Disney membesar di ladang kepunyaan keluarga di Marceline, Missouri bersama empat orang adik-beradik. Keluarganya adalah peladang tetapi atas masalah kewangan, bapanya, Elias Disney menjual ladang milik mereka pada 1910. Setahun kemudian mereka berpindah ke Kansas City, Missouri.

Bapanya melabur dalam pasaran surat khabar berbekalkan modal menjual ladang itu tadi. Walt pernah menjadi delivery boy sepanjang dia membesar dan mula melakar watak-watak kartun pada zaman ini.

 

 

2 – Walt tidak habis pengajian

Semasa Perang Dunia Pertama, Walt yang ketika itu berusia 16 tahun berhenti sekolah dan cuba menyertai askar. Namun kerana belum cukup umur, permohonannya ditolak. Walau bagaimanapun, dia diterima bekerja sebagai pemandu ambulan di dalam tentera.

 

3 – Studio animasi pertamanya muflis

Pada 1920, Walt menubuhkan Laugh-0-Gram, studio animasi berdasarkan cereka dongeng pertama di Kansas City. Namun kurang dari setahun, Walt istihar muflis.

 

4 – Mickey Mouse bukan karakter popular pertama Walt Disney

Watak pertama ciptaan Walt Disney yang terkenal adalah Oswald the Lucky Rabbit.

 

 

5 – Dia berkahwin dengan pekerjanya

Isteri Walt Disney, Lillian Disney pernah bekerja sebagai kerani dan tukang dakwat di Walt Disney Studio. Mereka berkahwin pada 1925.

 

6 – Memiliki dua zuriat perempuan

Walt dan Lillian dianugerahi dua cahaya mata; Sharon Disney (mati pada 1993) dan Diane Disney (mati pada 2013).

 

7 – Nama asal Mickey Mouse adalah…

Mortimer. Lillian insan yang bertanggungjawab menyakinkan Walt untuk menukar nama watak tikus yang bakal mendunia ini kepada Mickey Mouse kerana merasa nama Mortimer tidak cukup catchy dan menangkap perhatian.

 

 

8 – Walt Disney menyuarakan Mickey Mouse

Watak ini sangat penting dan disayangi oleh Walt sehingga dia sendiri yang menyuarakannya dari tahun pertama Mickey Mouse dicipta pada 1928 sehingga 1947.

9 – Snow White and the Seven Dwarfs adalah filem animasi pertama Disney

Diterbitkan pada 1937, Snow White adalah filem animasi pertama Hollywood. Ia memakan belanja sebanyak USD$1,499,00 semasa era Kegawatan Besar (Great Depression) dan sangat berisiko tinggi semasa pelancarannya. Namun Snow White berjaya dan tersenarai sebagai antara filem bernilai di dalam sejarah sinema Hollywood sehingga kini.

 

 

10 – Oscar pertama Walt Disney

Walt Disney dianugerahi Oscar pertama pada 1938 kerana Snow White. Dia diberikan satu anugerah Oscar normal bersama tujuh Oscar mini melambangkan tujuh kerdil di dalam Snow White.

 

11 – Walt Disney memegang sejarah sebagai penerima Oscar terbanyak

Disney memenangi 26 Oscars dengan 59 pencalonan dari 1932 hinga 1969.

 

12 – Dia sanggup bergadai demi pembukaan Disneyland pertama

Awal 1950an, Walt sanggup mencagar insuran, saham, rumah dan perabot untuk membeli sebidang tanah di Anaheim, California untuk membina 185 ekar taman tema untuk Disneyland pertama.

 

 

13 – Dia penggemar keretapi

Walt mempunyai set keretapi miniatur yang lengkap di belakang rumahnya. Tidak hairan jika di Disneyland kamu akan melihat banyak keretapi sebagai pengangkutan utama.

 

14 – Walt Disney sebagai perintis televisyen

Selain pembikinan filem, Walt turut dikenali sebagai perintis kepada program-program televisyen di Amerika Syarikat. Dia antara yang pertama menerbitkan ‘Wonderful World of Color’, rancangan kartun dalam warna pada 1961.

 

15 – Kehidupannya diangkat di layar perak Hollywood

Tom Hanks melakonkan Walt dalam filem ‘Saving Mr. Bank’ pada 2013. Filem ini berkenaan saat genting pembikinan Mary Poppins.

 

 

16 –  Walt tidak gemar dipanggil Mr Disney

Walt seorang yang kasual dan bukan seorang yang formal. Oleh sebab itu, semua pekerja Disney dipanggil dengan nama pertama mereka termasuk di dalam tanda nama rasmi.

 

17 – Filem animasi terakhir Walt Disney adalah…

The Jungle Book, sebelum dia mati pada 1966 akibat kanser jantung.

 

18 – Menubuhkan universiti seni

Walt bersama abangnya, Roy menubuhkan California Institute of Arts (CalArts) pada 1970. Ia menawarkan kursus pengajian seperti seni, rekaan, filem, muzik, teater dan tarian. Sebelum meninggal dunia, Walt menyumbang sebahagian besar hartanya untuk membina kampus bagi CalArts.

 

 

19 – Walt tidak pernah menjejak kaki di Walt Disney World

Walaupun taman tema ini ialah impiannya, namun dia tidak sempat merasmikan Walt Disney World. Sayangnya, dia mati pada 1966, sedang Walt Disney World siap dibina pada 1971 di Florida.

 

20 – Rumah rahsia Walt Disney di Disneyland California

Ia bertempat di atas balai bomba dan ia masih terpelihara! Kamu boleh membeli tiket untuk memasuki dan meninjau rumah hinggap rahsia Walt Disney ini di trip Disneyland kamu nanti 😊 😘 🥰

 

Walt Disney Secret House

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE