SEARCH

Björk Menyanyikan ‘The Gate’ Dalam Busana Pari-Pari Kayangan Gucci Yang Mengambil 800 Jam Untuk Disiapkan

Björk Menyanyikan ‘The Gate’ Dalam Busana Pari-Pari Kayangan Gucci Yang Mengambil 800 Jam Untuk Disiapkan
Björk baru sahaja melepaskan muzik video untuk single pertamanya yang bertajuk ‘The gate’ daripada album terbaru, “Utopia” (2017).

Muzik video yang berdurasi 6:50 minit ini sarat dengan kesan khas CGI. Ratu dunia fantasi di alam realiti ini tidak jemu menyajikan visual dan konsep yang langka namun unik dalam masa sama.

Menurut pengarah ‘The Gate’, Andrew Thomas Huang berkata, “The Gate menyambung cerita “Vulnicura” (album Björk pada 2015) yang lalu. Ia tentang kisah perkahwinan Björk dengan bekas suami, Matthew Barner. ‘The Gate’ menutupi luka cinta Björk yang sedang dalam kondisi sembuh.

Bayangkan ‘The Gate’ sebagai langkah pertama kamu memasuki dunia utopia Björk” – Andrew Thomas Huang.

Dedaunan pintu sesat yang terbit dari Vulnicura, kini bertukar menjadi lohong pelangi yang melintasi dada sepasang kekasih.

Bukan lah melambangkan sang kekasih yang sedang hangat bercinta, melainkan yang lebih besar, sebesar alam semesta.

The Gate adalah satu ikrar harapan, nyanyian seorang wanita yang tegar membentuk dan membias cahaya pembaharuan dalam sesebuah kisah percintaan.

Busana pari-pari kayangan ciptaan khas Gucci yang disarungkan oleh Björk dalam muzik video ‘The Gate’ ini mengambil tempoh masa 800 jam untuk disiapkan.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE