SEARCH

‘An Evening With Brian McKnight’: Bertemu Peminat Di Kuala Lumpur, Tanggal 9 April ini

‘An Evening With Brian McKnight’: Bertemu Peminat Di Kuala Lumpur, Tanggal 9 April ini

Penyanyi R&B terkenal dari Amerika Syarikat, Brian McKnight kembali ke Malaysia buat kali kedua untuk persembahan secara langsung, ‘An Evening With Brian McKnight’ yang bakal berlangsung tanggal 9 April 2017 di Mandarin Oriental Hotel, Kuala Lumpur jam 8.30 malam.

Ramai antara kita mengenali sosok R&B ini melalui lagu-lagu dia yang menenangkan dan lagu mendayu “Back At One”, Mcknight memang sangat terkenal dengan vokal soul yang modulat, lantang dan penuh perasaan serta punya falsetto kuat.

Bermula dalam lapangan seni suara sebagai seorang ahli koir gereja, Mcknight menandatangani label rakaman pertamanya semasa berusia 19 tahun dan pada 1992, album sulung berjudul ‘Brian Mcknight’ dilancarkan.

Kemudian pada 1997, albumnya yang berjudul “Anytime” terjual lebih 2 juta salinan dan berjaya dicalonkan di Anugerah Grammy. Setakat ini, Brian McKnight telah pun mendapat sebanyak 16 pencalonan Grammys.

Dia berbakat dalam menulis lagu dan terbitan lagu yang hebat. McKnight juga berbakat dalam kemahiran lapan jenis alat muzik seperti piano, perkusi, flugelhorn, trombone, tuba, gitar dan gitar bass.

Dengan pembukaan pentas istimewa oleh Elvira Arul, ‘An Evening With Brian McKnight’ dibawa secara eksklusif oleh LADS Entertainment. Tiket berharga dari RM 288, RM 488, RM 688 dan RM1888 dan boleh didapatkan di www.ticketpro.com.my

Brian McKnight Live in Malaysia

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE