SEARCH

Bront Palarae & Fazura Bintangi Ayat-Ayat Cinta 2

Bront Palarae & Fazura Bintangi Ayat-Ayat Cinta 2

Setelah tujuh tahun berselang, Ayat-Ayat Cinta 2 (AAC2) masih lagi menunjang dari adaptasi novel nukilan Habiburrahman El-Shirazy.

Barisan pelakon-pelakon AAC2 pula terdiri daripada Fedi Nuril sebagai Fahri Abdullah, Tatjana Saphira sebagai Hulya, Chelsea Islan sebagai Kiera dan Dewi Sandra sebagai Sabrina.

Paling istimewa, penampilan dua pelakon daripada negara kita yang turut membintangi AAC2 seperti Nur Fazura sebagai Brenda dan Bront Palarae sebagai seorang askar yang belum lagi diumumkan namanya.

“Dalam Ayat-Ayat Cinta 2, saya memegang watak baru sebagai bekas askar Israel,” kongsi Bront yang baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem ‘Pengabdi Setan’ arahan Joko Anwar. 

 

 

Dari Kaherah ke Edinburg, AAC2 menerbangkan Fahri Abdullah (Fedi Nuril) ke Scotland untuk bergelar seorang pensyarah di University of Edinburg. Dia membawa diri berikutan memori pahitnya yang kehilangan Aisha semasa misi kemanusian di Palestin.

Dengan terpaksa Fahri harus melewati hari-harinya seorang diri tanpa Aisha. Kenyataan pahit ini membuat Fahri semakin putus asa dan kecewa. Maka dia menghabiskan hari-harinya dengan menenggelamkan diri dalam kesibukan kerja, mengajar dan berniaga.

Akankah Fahri membujang seumur hidup? Atau dia akan bertemu kembali dengan sosok Aisha yang begitu dia cintai?

Guntur Soehardjanto menggalas tanggungjawab mengarah Ayat-Ayat Cinta 2 yang akan ditayangkan di pawagam pada 21 Disember 2017.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE