SEARCH

Bunga & Maizurah – 2 Penyanyi Wanita Ini Berani Menongkah Arus Muzik Malaysia

Bunga & Maizurah – 2 Penyanyi Wanita Ini Berani Menongkah Arus Muzik Malaysia

Bunga & Maizurah – 2 Penyanyi Wanita Ini Berani Menongkah Arus Muzik Malaysia 1

BUNGA, RAPPER BERHIJAB PERTAMA YANG TULAR

Rapper wanita yang membawa imej bertudung dan berbaju kurung ini menggemparkan dunia media sosial apabila namanya dilaporkan dalam portal antarabangsa menerusi sebuah artikel The New York Times dan sebuah video daripada Bloomberg.

Bunga atau nama sebenar Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari mula menjadi sebutan ramai setelah persembahan perdananya di program Festival Seni Melayu ‘Pesta Raya’ di Singapura pada Jun lalu.

Imejnya sebagai gadis Melayu beragama Islam yang menutup aurat dan memelihara kesopanannya dengan bertudung dan berbaju kurung ketika menyampaikan bait-bait lirik dalam bentuk rap ternyata sesuatu yang unik dan luar biasa sehingga namanya menjadi tular ke seluruh dunia.

Bunga yang sebelum ini menggunakan nama pentas @Bungaisme mula mencipta nama di arena Hip Hop tempatan apabila menjadi peserta dalam musim kedua program ‘16 Baris’ yang dicipta rapper terkenal Joe Flizzow. Kini anak jati Perak ini muncul pula dengan single yang diberi judul namanya sendiri BUNGA.

Bunga kembali mewangi dengan lagu ‘Bunga’

BUNGA adalah lagu ciptaan Bunga sendiri bersama Tripdisz dan Lady D. Manakala lirik pula ditulis oleh Bunga bersama Lady D. Lagu yang membawa genre Hip Hop tetapi diberi sentuhan elemen elektropop ini mampu menangkapi telinga sesiapa sahaja dengan melodi yang catchy dan lirik yang santai.

Rapper muda berusia 19 tahun ini berharap agar lagu pengenalannya ini bukan saja boleh menyemai reaksi positif peminat hip hop tempatan, malah diterima baik juga oleh peminat muzik arus perdana.

Kemunculan Bunga dengan gaya tersendiri ini pastinya mampu memeriahkan lagi industri muzik tanah air dan menggalakkan lagi gadis sepertinya untuk cuba berkecimpung dalam arena muzik hip hop yang rata-ratanya dimonopoli oleh golongan lelaki.

 

Bunga & Maizurah – 2 Penyanyi Wanita Ini Berani Menongkah Arus Muzik Malaysia 2

MAIZURAH, PENYANYI MELAYU RAKAM LAGU CINA

Penulis lagu dan penyanyi wanita berketurunan Melayu berasal dari Johor ini membuat kelainan apabila tampil menulis dan merakamkan sebuah lagu Mandarin bertajuk Have You Ever Loved Me.

Lirik ciptaan sendiri oleh Maizurah, lagu ini mendapat sentuhan komposer dari Derby, United Kingdom, Ben Haynes. Maizurah yang kini menetap di Qatar sememangnya meminati bidang muzik dan sentiasa berhasrat untuk menjadi penyanyi versatil yang dikenali suatu hari nanti.

Sebelum ini, dia pernah menulis dan merakamkan beberapa buah lagu Inggeris, namun tumpuan dia kini lebih terarah kepada menghasilkan lagu-lagu Mandarin. Berlatarbelakangkan pendidikan dari Sekolah Cina iaitu Foon Yew High School, Johor Bahru, Maizurah fasih bertutur di dalam Bahasa Mandarin.

Walaupun bahasa ibunda Maizurah adalah Bahasa Melayu, kelebihan ini membantu kreativiti dia dalam menghasilkan lagu-lagu Mandarin.

Dibesarkan dalam keluarga yang meminati dan menghargai seni muzik, Maizurah turut mewarisi minat yang sama. Ketika zaman remajanya, dia banyak mendengar lagu-lagu Mandarin popular nyanyian A-Mei, Faye Wong, Leehom Wang, Jacky Cheung, Jerry Yan, Jay Chou, Jin Sha (Kym) dan Fish Leong.

Selain itu, Maizurah amat meminati Penny Tai dan menganggap Penny sebagai idola dalam industri muzik Cina tempatan yang berjaya dan sangat terkenal di Taiwan dan China. Kebetulan, Penny Tai adalah alumni sekolah yang sama dengan Maizurah.

Bangga dengan pencapaian serta kejayaan Penny, Maizurah menyimpan hasrat yang sama untuk mengikuti jejak langkah Penny dengan membangunkan kerjaya nyanyiannya serta menempa nama sehingga berjaya ‘mengembang sayap’ ke industri muzik di China.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE