SEARCH

Butterfingers Tegar Anjur Konsert Meski Pernah Diserbu Polis!

Butterfingers Tegar Anjur Konsert Meski Pernah Diserbu Polis!

Butterfingers Tegar Anjur Konsert Transcendence 20 Tahun Meski Pernah Diserbu Polis! 1Grunge is not dead! The legend is back! Butterfingers is back stronger and wiser than before! 

Wahai peminat muzik rock dan grunge seluruh Malaysia! Seruan ini untuk kamu! Jika kamu adalah peminat muzik rock dan grunge lewat 90-an dan awal 2000 dahulu, semestinya Butterfingers bukan nama yang asing buat kamu.

Barangkali kamu pernah memainkan lagu-lagu hit mereka seperti ‘The Chemistry’ (Between Us), ‘Faculties of The Mind’, ‘Epitome’, ‘Meltdown’ dan banyak lagi dari album tersohor mereka, Transcendence. Album ini berjaya meletakkan Butterfingers di tempat ketiga dalam carta RIM International dengan penjualan melebihi 60,000 unit. Mereka mula membolosi media arus perdana berkat album ketiga ini yang dilancarkan pada Mac 1999.

Buat peminat tegar Butterfingers, nama-nama seperi Emmett (vokal), Kadax (bas), Loko (dram) dan LoQue (vokal/gitar/papan nada) bukanlah asing lagi. Mereka ialah ahli-ahli asal Butterfingers sejak ditubuhkan. Menariknya kali ini, mereka berempat akan kembali bersatu untuk beraksi di atas pentas bersama-sama pada 2 November 2019 di Stadium Malawati, Shah Alam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by b u t t e r f i n g e r s (@butterfingers.my) on

Sejak persembahan terakhir mereka yang “terpotong sekerat jalan” pada 2016, kini mereka berempat kembali untuk meraikan sambutan ke-20 tahun album ‘Transcendence’ sebagai antara hasil kerja seni terbaik mereka sepanjang kembara seni Butterfingers sejak 1996.

Pertemuan ini pastinya akan menggamit memori peminat dan pendukung setia serta menghidupkan kembali kegemilangan muzik rock dan grunge tanah air. Secara tidak langsung, memperkenalkan genre ini buat generasi baru terutamanya milenial yang masih belum mengenali.

Butterfingers Tegar Anjur Konsert Transcendence 20 Tahun Meski Pernah Diserbu Polis! 2

Konsert butterfingers Transcendence 20 Tahun dikuasa bersama Festival Selangor Youth Republic 2019 ANJURAN Kerajaan Negeri Selangor & Penerbitan Pancasona

“Idea ini sudah lama terperap dan sekarang masa terbaik untuk menjayakannya. Jika diingat kembali ketika persembahan kami di Festival Rockaway pada 2016, ia disekat oleh pihak polis dan seterusnya menimbulkan kemarahan serta kekecewaan peminat yang menantikan kemunculan kami.

Maka persembahan kali ini adalah untuk menebus semula hutang tersebut dengan memainkan hanya lagu-lagu grunge kami sekurang- kurangnya dua jam tanpa sebarang gangguan seolah-olah kamu berada semula di zaman lewat 90-an,” komen LoQue apabila ditanya mengenai usaha menjayakan konsert ini.

Bila next show? Tak ada reunion ke? Inilah konsert yang ditunggu-tunggu!” – Kadax

Apabila ditanya sebab Stadium Malawati menjadi pilihan, LoQue berkongsi, “20 tahun lalu, ketika Butterfingers membuat persembahan ‘The Last War’ di Stadium Malawati, sebelum lagu The Faculties of The Mind dimainkan, Emmett berkata I hate the lights, I don’t want to be a star.

Oleh itu, saya merasakan Stadium Malawati adalah lokasi yang mempunyai nostalgianya yang tersendiri dan saya mahukan momen sedemikian untuk dihidupkan kembali, seperti sebuah ‘re-enactment’ yang gilang-gemilang!,” jelas LoQue dengan mata menyala-menyala.

“Ayuh!!! Datanglah beramai-ramai! Kata nak konsert, nah kami dah siap sedia!!!” – Loko

Tiket Konsert Butterfingers #Transcendence20Tahun bakal dijual bermula RM150 (tidak termasuk caj-caj lain) di AirAsia RedTix. Layari laman Facebook @butterfinggersmy atau Instagram rasmi @butterfinggers.my untuk maklumat dan perkembangan semasa.

Butterfingers Tegar Anjur Konsert Transcendence 20 Tahun Meski Pernah Diserbu Polis! POSTER

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE