SEARCH

Call Me by Your Name: Percintaan Elio & Oliver Yang Membekas Untuk 4 Prediksi Oscar 2018

Call Me by Your Name: Percintaan Elio & Oliver Yang Membekas Untuk 4 Prediksi Oscar 2018

Call Me by Your Name sudah pun mendapat pujian ramai pengkritik-pengkritik filem ternama sejak filem ini membuat debut di Sundance Film Festival 2017, Januari lalu dan paling terkini di Toronto International Film Festival 2017, baru-baru ini.

Buat masa ini, filem ini mendapat sambutan yang luar biasa positif daripada penonton-penonton di seluruh dunia, khususnya Amerika Syarikat amnya. Fenomena ini sangat menghairankan kerana ‘Call Me by Your Name’ bukan lah your average love story, melainkan sebuah filem yang bertemakan LGBT.

Barangkali kerana impak “Moonlight” (2016) yang berjaya merangkul Filem Terbaik Oscar 2017? Atau juga mungkin kerana penonton dunia telah mula terbuka dalam menerima kepelbagaian di dalam filem? Mereka terlihat lebih bijak dalam menilai kualiti berbanding kontroversi.

Apa pun, saya menyambut baik pada perubahan ini. Tidaklah hanya berkisarkan tentang kisah-kisah cinta tipikal atau filem-filem aksi Hollywood yang klise sahaja. Yang pasti ‘Call Me by Your Name’ pasti menjadi antara filem pilihan yang dijangka terpilih untuk bertanding di Anugerah Oscar 2018 nanti.

Call Me by Your Name STAIL.MY 2
‘Call Me by Your Name’ mendapat reviu positif yang sangat konsisten dari awal hingga akhir tahun.
Tanpa membuang masa, berikut kami jangka 4 prediksi Anugerah Oscar 2018 untuk Call Me by Your Name yang bakal menyerlah, seperti di bawah:

 

1 – Pelakon Lelaki Terbaik Untuk Timothée Chalamet (Elio)

Pelakon muda yang baru sahaja mencecah usia 21 tahun ini memegang pemeran sebagai Elio – remaja Itali yang jatuh cinta dengan pembantu pensyarah bapanya dari US. Timothée menghayati watak dengan baik, pada kedua-dua emosi dan fizikal. Timothée is expressive and impressive.

Melihat pada kecenderungan peminat-peminat filem sekarang yang lebih gemar pada wajah-wajah baru yang segar, tidak menjadi kejutan jika dia tersenarai dalam kategori “Pelakon Lelaki Terbaik” kali ini.

 

2 – Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Untuk Armie Hammer (Oliver)

Sementara Armie Hammer juga menyampaikan mutu lakonan yang mantap, tetap sahaja peranan dia di dalam ‘Call Me by Your Name’ lebih kecil berbanding Timothée Chalamet. Buangkan sistem kategori yang bosan ini, Armie sebenarnya turut layak untuk tercalon dalam kategori “Pelakon Lelaki Terbaik” kerana kimia perhubungan dia bersama Timothée yang sangat erat dan bertenaga.

 

3 – Pelakon Pembantu Terbaik Untuk Michael Stuhlbarg

Satu lagi watak yang saya jangka akan ke kategori “Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik”. Michael Stuhlbarg memainkan watak Mr Perlman. Namun watak ini lebih kecil daripada Armie dan kurang membawa impak pada keseluruhan jalan cerita. Menjadikan dia calon paling sesuai untuk kategori ini.

 

4 – Pengarah Terbaik Untuk Luca Guadagnino

Faktor seni dan kreatif dalam ‘Call Me by Your Name’ lah yang menyumbang kepada kejayaan filem ini. Seperti filem-filem bernas yang lain, sutradara memainkan peranan yang sangat penting dalam kelancaran sesebuah filem. Arahan seninya bakal membuat kamu menjamu mata dengan karisma Guadagnino, visual-visual yang berat dan lakon layar yang cantik.

 

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE