SEARCH

Sepetang Saya Berbasikal Ke Lebuh Muntri Melawat The Camera Museum Penang & 20 Pintu Warisan George Town Yang Menawan

Sepetang Saya Berbasikal Ke Lebuh Muntri Melawat The Camera Museum Penang & 20 Pintu Warisan George Town Yang Menawan
camera museum penang
The Camera Museum Penang

Ditubuhkan pada September 2013, The Camera Museum Penang (TCMP) terletak di tengah-tengah jantung George Town di Lebuh Muntri.

Ia muzium pertama yang didedikasikan sepenuhnya untuk kamera di Asia Tenggara, TCMP adalah bekas bangunan rumah kedai lama yang telah diubahsuai. Pelbagai jenis kamera dipamerkan di sini lengkap dengan penerangannya sekali.

Kamera-kamera dari zaman awal penciptaan, sehinggalah zaman kolonial dan pasca kemerdekaan tersusun rapi di TCMP. Saya sempat terpersona melihat koleksi kamera peribadi Bapa Kemerdekaan kita, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang turut dipersembahkan bersama.

Kamera Polaroid Milik Tunku Abdul Rahman

 

TCMP terbahagi kepada tujuh bahagian, antaranya ‘Ruang Pameran’, ‘Ruang Koleksi’, ‘Stereo Camera’, ‘Obscura Room’. ‘Dark Room’ dan ‘Pinhole Room’.

‘Ruang Pameran’ mempamerkan koleksi-koleksi kamera dari seluruh dunia dari abad ke-18 hinggalah kamera-kamera terkini. Sesuai pameran, sebahagian besar pameran terletak dalam ruang berkaca dan pengunjung hanya boleh melihat evolusi kamera ini melaluinya.

‘Ruang Koleksi’ pula mempamerkan koleksi-koleksi langka mengikut tema setiap bulan. Sempena bulan Kemerdekaan ini, TCMP mempamerkan koleksi-koleksi peribadi Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj seperti yang saya lihatkan tadi.

Sebaik melangkah ke ‘Stereo Camera’, terdapat sebuah kamera 3D yang tercipta 150 tahun lalu. Ruang ‘Stereo Camera’ juga terletak di dalam bahagian ‘Ruang Koleksi’. Walaupun 3D yang dihasilkan kamera tua ini kurang jelas, hakikat yang 3D telah pun wujud 150 tahun sangat mengagumkan.

Di ‘Obscura Room’ pula menceritakan tentang perjalanan terhasilnya sebuah kamera. Bagaimana kamera berfungsi? Fungsi-fungsi kamera dan peranan cahaya. ‘Dark Room’ pula di mana filem-filem menjalani proses sebelum gambar dihasilkan.Paling menarik perhatian saya ketika berada di dalam ‘Pinhole Room’. Kamu seperti orang kerdil yang berada di dalam kamera.

The Camera Museum
49, Lebuh Muntri 10200,
George Town, Penang.
Buka Isnin-Ahad
Tiket: RM20
Sekitar Lebuh Muntri dan The Camera Museum Penang ini juga, saya berbasikal sambil menangkapi seni warisan 20 pintu George Town yang nostalgia, cantik dan menawan.

 


You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE