SEARCH

Siapa Kata KL Bosan? Ini Peluang Kamu Bersatu Dengan ‘Seni di Tengah Bandar’!

Siapa Kata KL Bosan? Ini Peluang Kamu Bersatu Dengan ‘Seni di Tengah Bandar’!

Art in The City: Bergembira Dengan ‘Seni di Tengah Bandar’

Art in The City Siapa Kata KL Bosan? Ini Peluang Kamu Bersatu Dengan Seni di Tengah Bandar!

Sebahagian daripada usaha berterusan bagi meningkatkan kesedaran mengenai seni dan budaya Malaysia yang beraneka, CENDANA bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berbawa kembali edisi kedua, Art in The City (AITC 2019).

aitc 2019 ialah program kesenian yang dipenuhi dengan pelbagai aktiviti seni menarik sambil menjadikan seni lebih mudah didekati oleh orang ramai

Bertemakan ‘I HEART KL’, AITC 2019 berlangsung selama seminggu, bermula dari 18 hingga 27 Oktober di seluruh Bandaraya Kuala Lumpur. Dari sekian banyak aktiviti seni yang ditawarkan, yang paling menarik perhatian adalah tiga pemasangan instalasi seni yang dihasilkan oleh tiga artisan muda berbakat tempatan.

Mereka adalah Filamen, Joshua Teo dan Pamela Tan. Instalasi seni mereka akan dipamerkan di beberapa lokasi terpilih di sekitar Kuala Lumpur. Bertujuan bagi merai semarak seni, kreativiti, belas ehsan dan imaginasi rakyat Malaysia.

Jadi, jangan lupa bawa kamera, topi dan kaca mata hitam dan sedia menjelajahi KL untuk bersatu dengan ‘Seni di Tengah Bandar’ seperti berikut:

 

WAYANG TUBE

Artis: FILAMEN
Bahan: Paip pvc dan besi
Lokasi: Bangunan Sultan Abdul Samad

Peti muzik melambangkan kegemilangan era muzik terdahulu. Peti muzik juga mewakili keharmonian masyarakat, di mana pendengar muzik sejati akan berkumpul bagi mendengar muzik, bersama-sama.

‘Wayang Tube’ mendapat inspirasi daripada rekabentuk peti muzik. Ia mengintegrasikan yang lama dengan yang baru melalui seni visual dan muzik, sambil tetap mempertahankan aspek komuniti.

‘Wayang Tube’ membawa hiburan ke kawasan yang sering diabaikan oleh warga KL, iaitu area ‘River of Live’ (Sungai Kehidupan). Penggunaan paip PVC adalah berdasarkan pada idea aliran sungai. Juga simbolis kepada paip-paip kumbahan yang mengalir ke sungai bersejarah yang terpenting di Kuala lumpur ini.

 

ENTWINE

Artis: Joshua Teo
Bahan: Plastik kitar semula
Lokasi: Perkarangan Masjid Jamek

‘Entwine’ adalah dua arca yang bergabung menjadi satu. Ia diilhamkan oleh pertemuan dua sungai, Sungai Klang dan Sungai Gombak di tengah-tengah Kuala Lumpur. ‘Entwine’ diperbuat daripada jubin plastik kitar semula. Pilihan bahan ini bertujuan bagi menangani masalah pengurusan sisa sampah di bandar kerana plastik adalah punca utama banjir kilat di Kuala Lumpur.

Menyambut matlamat jangka panjang ‘River of Life’ yakni memperindahkan Sungai Klang dan sekitarnya, pemasangan ini berharap dapat menyumbang sedikit sebanyak kepada idea keindahan tersebut. Melalui ‘Entwine’, Joshua turut berharap dapat mendidik orang awam tentang pengetahuan sisa pepejal dan kesedaran kitar semula. Juga membantu mereka mewujudkan persekitaran Kuala Lumpur yang bebas plastik melalui pendekatan artistik.

 

DOME OF DISAPPEARANCE

Artis: Pamela Tan
Bahan: Logam, besi dan kayu
Lokasi: Perkarangan Masjid Jamek

Instalasi seni ini mempunyai tiga tujuan. Pertama sebagai ‘pusara’, suatu tempat tenang yang menyimpan 1001 memori dan kenangan Kuala Lumpur. Kedua sebagai ‘rumah selamat’, bagi perkongsian dan pembinaan komuniti. Ketiga sebagai ‘ruang dialog’ antara warga kota berbagi pendapat yang bermakna.

‘Dome of Disappearance’ diperbuat daripada logam yang dipotong dengan laser. Lalu dijalin dan dibaluti dengan benang kapas. Keseluruhan bentuk struktur mencadangkan suatu rangka yang rapuh, persis landskap Kuala Lumpur yang kian pesat berubah.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE