SEARCH

Cair Hati Peminat Malaysia Dengar Artis K-pop, Cha Eun Woo Nyanyi Lagu Aizat Amdan

Cair Hati Peminat Malaysia Dengar Artis K-pop, Cha Eun Woo Nyanyi Lagu Aizat Amdan

Memori terindah, hanya ini yang dapat diungkap 1,900 peminat yang hadir membanjiri Dewan PGRM Ahad lalu dalam siri jelajah 2019 CHA EUN-WOO 1st Fan Meeting Tout [JUST ONE 10 MINUTE] in Kuala Lumpur. Siapa yang tidak kenal akan jejaka comel yang juga ahli kumpulan ASTRO serta pelakon utama drama siri popular My ID is Gangnam Beauty ini, Cha Eun-Woo. Eun-Woo meluangkan masa hampir dua jam setengah menghiburkan peminat setianya yang dikenali dengan panggilan fandom AROHA (nama fandom kumpulan ASTRO).

Cha Eun Woo Nyanyi Lagu Aizat Amdan

Pada pembukaannya, Eun-Woo tampil mendendangkan lagu Remember Me, lagu runut bunyi drama sejarah Korea yang dilakonkannya iaitu Rookie Historian Goo Hae Ryung. Tampil memikat dengan menyarung pakaian tradisional Korea iaitu hanbok, menampakkan lagi sisi kacak Eun-Woo yang juga pelakon utama siri drama 2019 itu sebagai Putera Yi Rim (kamu boleh tontonnya di Netflix!).

Ini kali pertama saya mengadakan sesi bertemu dengan peminat. Jadi menjadi tanggungjawab saya untuk memberikan kenangan paling berharga buat kamu semua.”

Ramai yang memuji personaliti baik Eun-Woo kerana mereka dapat melihat sendiri betapa jejaka kacak ini memandang serius dan hanya ingin memberikan yang terbaik untuk peminatnya. Katanya, memandangkan ini siri jelajah pertamanya, dia harus memberikan yang terbaik dan menjadikan ia kenangan terindah untuk peminatnya.

Cha Eun Woo Nyanyi Lagu Aizat Amdan

Mulutnya tidak berhenti memanggil AROHA dengan panggilan ‘sayang’, ‘sayang, aku cinta padamu’ dan ‘wo ai ni’. Dia tahu bagaimana mengambil hati peminatnya. Dan saya dapat rasakan, sepanjang hampir tiga jam konsert itu, tiada satu pun momen yang membosankan.

Cha Eun Woo Nyanyi Lagu Aizat Amdan

Highlight utama konsert ini sudah tentu apabila Eun-Woo tampil membuat kejutan mendendangkan lagu Melayu milik Aizat Amdan, ‘Sampai ke Hari Tua’. Setiap bait-bait bicaranya meluahkan bahasa Melayu langsung tidak menunjukkan sebarang rasa pelat. Malah, dia menyanyikan lagu itu cukup sempurna sekali tanpa salah.

Saya sediakan lagu ini kerana saya terfikirkan akan AROHA yang datang ke sesi ‘fan meeting’ hari ini. Adakah kamu suka dengan lagu ini? Adakah kamu tahu lagu ini?”

Turut mendendangkan lagu ‘Love Yourself’ oleh Justin Bieber sambil bermain piano klasik. Kemudian, Eun-Woo turut mendendangkan beberapa buah lagu lagi antaranya lagu runit bunyi drama popularnya My ID is Gangnam Beauty iaitu Rainbow Falling dan You & Me.

Antara aktiviti menarik sepanjang siri jelajah konsert fan meeting ini, Eun-Woo turut mengatur beberapa aktiviti antaranya mereka kipas tradisional masyarakat Korea sekreatif yang boleh, cabaran memasukkan bola keranjang ke dalam jaring mini serta banyak lagi.

Cha Eun Woo Nyanyi Lagu Aizat Amdan

Cha Eun Woo Nyanyi Lagu Aizat Amdan

Walaupun ini sesi fan meeting pertamanya, Eun-Woo langsung tidak terlihat kekok melayan peminat yang hadir. Boleh dikatakan fan service nya juga antara yang terbaik pernah kami tonton apabila selebriti Korea datang ke Malaysia.

Cha Eun Woo Nyanyi Lagu Aizat Amdan

Cha Eun Woo Nyanyi Lagu Aizat Amdan

Semoga Cha Eun-Woo ingin kembali ke Malaysia tahun depan. Dan saya sarankan jika dia kembali ke Malaysia di masa akan datang, belilah tiket, kamu tidak akan menyesal!

 

Gambar rasmi: MacpiePro dan Fantagio Music

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE