SEARCH

Charli XCX Berkongsi Fantasi Budak Lelaki Dalam ‘BOYS’

Charli XCX Berkongsi Fantasi Budak Lelaki Dalam ‘BOYS’
Charli XCX INTRO
Charli XCX – “BOYS”

 

Charli XCX menunggang rentak muzik video game yang kreatif dalam video muzik single terbarunya yang bertajuk BOYS.

Sambil memintal-mintal manja rambut di atas sofa dan membuat gelintaran di pemaju internet tentang jejaka-jejaka idaman Hollywood, Charli mengaku dengan santai, “Saya sibuk memikirkan tentang BOYS”.

“I WAS BUSY THINKIN’ BOUT BOYS… BOYS… BOYS…” – CHARLI XCX

Di sebalik klip muzik yang sarat dengan penampilan bintang-bintang lelaki idaman Hollywood ini, Charli seperti gadis US yang lain, hanyalah seorang gadis normal yang juga punya fantasi tentang budak lelaki yang comel.

BOYS kedengaran sangat ringkas, dengan rentak permainan video yang kreatif dan bersih. Ia mengingatkan tentang identiti muzik figura ini yang effortless dan suara malas Charli yang terkenal. Ia bagaikan mimpi yang gadis-gadis malu mengakui.

Dia sempat menamakan sebuah kugiran gadis yang bernama “GRRRRRLS”, yang dia selalu pandang tinggi sewaktu membesar (pengaruh muzik Charli datang daripada girl-band ini). Charli tidak hanya bermimpi. Apa yang dia mahukan, dia dapatkan.

 

 

It’s a girl power.

 

Seperti itu, Charli tidak sekadar menyanyi dan hanya menggambarkan konsep buat klip muzik BOYS ini, dia sendiri yang mengambil peranan sebagai pengarah. Dan pasti kamu tertanya-tanya, jenis apakah “fantasi” budak lelaki pada Charli?

 

Yakni perlakuan BOYS dalam suasana kasual bertemakan pink millennial. Antaranya, Cameron Dallas menghayun gergaji yang memercik api, atlet terjun Olimpik Tom Daley yang basah dalam baju-T dan banyak lagi “fantasi” si Charli XCX yang boleh kamu lihat sendiri dalam muzik video BOYS, di bawah:

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE