SEARCH

Coachella 2017: Beyoncé, Radiohead & Kendrick Lamar Membuka Pentas Festival

Coachella 2017: Beyoncé, Radiohead & Kendrick Lamar Membuka Pentas Festival

coachella20172-_stailmy

This is madness! 

Beyoncé Knowles, Radiohead dan Kendrick Lamar bakal membuka persembahan utama untuk Coachella 2017, yang akan berlangsung tanggal 14 hingga 16 April dan 21 hingga 23 April.

Festival muzik terbesar Amerika Syarikat ini memperlihatkan kemunculan pertama Queen Bey di atas pentas muzik untuk tahun ini setelah dia berhempas pulas untuk siri jelajah Lemonade sepanjang 2016.

Kali terakhir Beyoncé terlibat dengan persembahan festival muzik berskala besar seperti Coachella ini dua tahun lepas, 2015 untuk festival “Global Citizen Festival” dan “Made in Amerika”.

gambar-dalam-1

Radiohead pula menghabiskan 2016 dengan siri jelajah album terbaru mereka, A Moon Shaped Pool dan pentas Coachella juga pentas pertama untuk kemunculan mereka pada tahun ini.

Untuk Lamar, penyanyi Rap ini lebih kelihatan aktif membuat persembahan di festival-festival muzik sepanjang 2015 dan 2016. Lamar juga mempromosikan album terakhirnya, “To Pimp A Butterfly”.

Jika semua itu sudah kedengaran hebat, wait till you see the lineups. Lihat sahaja nama-nama besar dalam barisan artis dan kumpulan-kumpulan yang bakal membuat persembahan di pentas Coachella untuk tahun ini.

Antaranya, Lorde, New Order, Future, Travis Scott, Justice, Empire of the Sun, Bon Iver, Schoolboy Q, Gucci Mane, Dillon Francis, Kaytranada, Hans Zimmer, Lil Uzi Vert, DJ Snake, Martin Garrix, Future Islands, DJ Khaled, Mac Miller, Mac DeMarco, Nicolas Jaar, DJ Shadow, the Avalanches, Little Dragon, Phantogram dan ramai lagi seperti di bawah:

coachella20173-_stailmy

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE