SEARCH

Beyoncé, Eminem & The Weeknd Membuka Pentas Coachella 2018

Beyoncé, Eminem & The Weeknd Membuka Pentas Coachella 2018

New Year, new Coachella line-up. Coachella 2018 umum Beyoncé, Eminem dan The Weeknd sebagai peneraju utama.

Seperti yang dijangka, Queen Bey membuat penampilan kembali tahun ini, setelah penampilannya untuk Coachella tahun lalu terpaksa ditunda kerana mengandungkan kembar, Rumi dan Sir Carter.

The Weeknd pula sebenarnya pernah melakukan persembahan pada Coachella 2012 yang lalu, tetapi ketika itu namanya belum lagi dikenali. Sementara itu, grammy-winning Eminem akan membuat debut kemunculan pertama pada festival muzik terbesar Amerika Syarikat ini.

Festival muzik yang berlangsung selama dua minggu di lembah gersang California ini juga bakal membariskan penyanyi-penyanyi terkemuka Hollywood lain seperti Miguel, SZA dan The Neighbourhood.

Juga rapper-rapper generasi milenial yang terkenal seperti Tyler the Creator, Post Malone, Migos dan Cardi B. Pentas EDM pula mempersembahkan nama-nama seperti ODESZA, Kygo dan Alan Walker.

Turut tidak ketinggalan kugiran-kugiran rock alternatif seperti HAIM, Fleefoxes, The War on Drugs dan Potugal the Man.

Coachella 2018 juga konsert pertama Eminem semenjak pelancaran album terbarunya, “REVIVAL” dan lagu duet bersama Beyonce, “Walk on Water” pada Disember 2017 lalu.

Kami harapkan sesuatu yang epik untuk “Walk on Water” pada Coachella 2018, 13 hingga 22 April nanti.

Jadual Persembahan Coachella 2018

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE