SEARCH

CENDERAHATI TERBARU KELUARAN DAFT PUNK YANG HARUS KAMU MILIKI MUSIM PANAS INI

CENDERAHATI TERBARU KELUARAN DAFT PUNK YANG HARUS KAMU MILIKI MUSIM PANAS INI

Tiga tahun sudah berlalu sejak Daft Punk secara ikoniknya mengeluarkan album mereka yang paling banyak memenangi Grammy, Random Access Memories. Namun selepas itu tiada siapa yang tahu atau berani meneka-neka apa lagi yang kedua-dua genius muzik ini bakal keluarkan.

Untuk tidak membuang masa, dua robot asal Perancis ini baru sahaja melancarkan koleksi cenderahati musim panas melalui laman rasmi sesawang mereka. Cenderahati ini berupa tuala pantai, windbreaker dan bandana. Kesemuanya diolah dalam bentuk iklan vintaj yang cukup bergaya.

Untuk peminat die-hards, terdapat satu kategori cenderahati yang diberi nama ‘Declassified’. Kategori ini sesuai buat mereka yang mengumpul koleksi peribadi atau barangan Daft Punk yang tak pernah dijual sebelumnya. Barangan ini merangkumi baju tour vintaj, memoria Daft Punk sepanjang kembara, patches dan patung figura Daft Punk. Mana tahu suatu hari nanti barangan ini boleh jadi aset untuk kamu jual di eBay?

Lawati untuk informasi lanjut ; https://www.daftpunk.com/

DaftPunk2_stailMY

DaftPunk3_stailMY

DaftPunk4_stailMY

 

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE