SEARCH

Daiyan Trisha & 2 Lagi Artis Wanita Harus Dengar, Oktober Ini

Daiyan Trisha & 2 Lagi Artis Wanita Harus Dengar, Oktober Ini

‘I WANNA SEE YA’ NYANYIAN DAIYAN TRISHA UNTUK SIAPA?

Daiyan Trisha I Wanna See Ya lyrics lirik

Selepas melancarkan dua lagu, ‘Brutal’ dan ‘If I’, juga dua lagi lagu, ‘Passin Thru’ bersama trio MFMF dan ‘Easier’ bersama DJ Aj Salvatore, Daiyan Trisha maju lagi setapak dan tidak menunjukkan tanda-tanda ingin berhenti menghasilkan lagu tahun ini. Kali ini, Daiyan melancarkan lagu terbaru bertajuk, I Wanna See Ya.

Lagu ini berkisahkan percintaan jarak jauh (LDR) yang dialami Daiyan Trisha

‘I Wanna See Ya’ ialah lagu berentak moden, up-beat dan pop yang disulam dengan vokal tidak ortodoks Daiyan. Membuatkan lagu ini lebih kedengaran unik, dalam masa sama segar. Lagu ini dinyanyikan Daiyan Trisha sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris. Penggambaran muzik video dilakukan di New York dan KL.

Untuk lagu ini, Daiyan berkolaborasi bersama komposer asal Los Angeles, Juan Ariza untuk menghasilkan muzik tentang perhubungan cinta jarak jauh yang dialami oleh Daiyan sendiri. Bagaimana rasanya teruja ingin berjumpa pasangan masing-masing, sedangkan jarak memisahkan mereka. Siapa jejaka misteri itu ya? Artis lelaki tempatan atau luar negara?

 

DE FAM KEMBALI ‘PANAS’

Defam panas lirik

Sunyi tanpa lagu baru hampir dua tahun, kemunculan semula penyanyi wanita berkumpulan De Fam memang sangat dinanti-nanti peminat. Kali terakhir De Fam melancarkan lagu adalah lagu ‘Bila Ada Kamu’ hasil kolaborasi bersama Alif and Aman Ra pada 2017.

Terdahulu, kumpulan yang dianggotai  tiga gadis cantik yang dikenali sebagai Sophia Liana‎, ‎Cik Manggis‎ dan ‎Azira Shafinaz ini pernah popular dengan single debut #Supergirls (2015), sebelum tampil dengan lagu kedua ‘With You’ (2016) bersama penyanyi US, Brandon Beal.

Februari lalu, trio wanita ini kembali mencuri perhatian dengan persembahan bertenaga mereka di pentas Anugerah Juara Lagu ke-33 (#AJL33) menggantikan rapper Altimet menyampaikan lagu ‘Bunga’. Sambutan menggalakkan dan reaksi positif peminat memberi semangat dan inspirasi kepada De Fam untuk kembali memanaskan industri muzik menerusi single terbaharu mereka berjudul Panas.

‘Panas’ adalah ciptaan sepenuhnya komposer dan rapper, Alif yang turut bertindak selaku penerbit rakaman lagu ini. Lagu yang disampaikan sepenuhnya dalam bahasa Melayu ini turut mengangkat tema memperkasakan wanita. De Fam berharap taruhan terbaharu mereka ini berjaya memberi inspirasi kepada wanita-wanita di luar sana.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DE FAM (@defamofficial) on

 

‘DIAMONDS’, PERMATA CINTA KAKA UNTUK SUAMI

Kaka Diamonds Lirik

Semenjak bergelar isteri pada 14 Disember tahun lalu, penyanyi genit yang mesra disapa sebagai Kaka ini sedang hanyut diulit bahagia bersama sang suami, Adam Azriff. Kala baru sahaja menjalani kehidupan barunya sebagai isteri, Kaka mengumumkan pula dirinya berbadan dua.

Perasaan Kaka yang sedang mengecapi bahagia dalam melayari kehidupan berumah tangga dan membina keluarga bersama Adam itulah yang digambarkan melalui single terbarunya, Diamonds.

“Lagu ini lagu cinta saya untuk Adam” – Kaka Azraff

Sama seperti ‘Panas’, ‘Diamonds’ adalah ciptaan sepenuhnya Alif selaku penerbit dan komposer. Sebagaimana lazimnya sentuhan Alif,  ‘Diamonds’ diberi gubahan muzik yang catchy dan melodi yang mesra telinga. Lagu ini dinyanyikan dalam campuran bahasa Melayu dan Inggeris.

Mengulas tentang ‘Diamonds’, Kaka berkata,

“Pada saya lagu ini tentang luahan rasa seseorang isteri itu mensyukuri nikmat bahagia yang dikecapi. Dicintai, dibelai dan diberi perhatian sepenuhnya oleh suami.

Sebagaimana yang saya rasakan sejak bergelar isteri ini. Saya bersyukur dikurniakan suami seperti Adam dan berharap agar kebahagian yang kami rasakan ini akan kekal selamanya walaupun sudah beranak-pinak dan bercucu-cicit nanti,” ucapnya sambil tersenyum.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE