SEARCH

#BANGKITBERSAMA Dayang Nurfaizah Menyanyikan Lagu Tema Sukan SEA 2017

#BANGKITBERSAMA Dayang Nurfaizah Menyanyikan Lagu Tema Sukan SEA 2017

Pemenang Anugerah Juara Lagu 31, Dayang Nurfaizah diberi penghormatan menyanyikan lagu tema Sukan SEA Ke-29 (KL 2017) dan juga Sukan Para ASEAN Ke-9.

Sebelumnya, lagu tema KL 2017 itu belum lagi dilepaskan kerana Menteri Belia dan Sukan (KBS), Khairy Jamaluddin mahu rakyat Malaysia bersama-sama menyumbang idea untuk lirik lagu tema itu menerusi laman-laman sosial utama dengan hashtag #laguKL2017.

“Saya dan Datuk Ramli sudah berbincang dan kita mahukan lirik disumbangkan rakyat. Saya harap rakyat Malaysia menghantar lirik melalui Twitter, Facebook dan Instagram masing-masing dengan meletakkan hashtag #laguKL2017.

Penglibatan seluruh rakyat Malaysia dalam pembikinan lagu tema KL 2017 ini akan menyemarakkan lagi penganjuran Sukan SEA yang bakal berlangsung dari 19 hingga 30 Ogos hadapan,” ujar Khairy pada sidang media.

Lirik lagu terbaik bakal terpilih untuk digubah oleh komposer terkenal tanah air, Datuk Ramli MS dan seterusnya dinyanyikan oleh penyanyi wanita kelahiran Kuching, Sarawak ini.

#Repost @kualalumpur2017 with @repostapp ・・・ Kepada seluruh rakyat Malaysia! Kami perlukan penglibatan anda untuk pembikinan lagu tema KL2017. Terangkan secara ringkas kepada Dayang Nurfaizah apakah maknanya Bangkit Bersama buat anda. Kongsikan cerita anda dengan kami menerusi Facebook, Twitter atau Instagram. Jangan lupa untuk sertakan hashtag #LaguKL2017 untuk semua post anda. Mudah saje kan! Cara untuk menghantar: 1. Postkan cerita Lagu KL2017 anda di laman Facebook Kuala Lumpur 2017 dengan hashtag #LaguKL2017 2. Postkan cerita Lagu KL2017 anda di laman aktiviti Facebook (http://bit.ly/LaguKL2017) dengan hashtag #LaguKL2017 3. Tweet cerita Lagu KL2017 anda di akaun Twitter @KL2017 dengan hashtag #LaguKL2017 4. Postkan cerita Lagu KL2017 anda di Instagram peribadi masing-masing dan tag @KualaLumpur2017 dengan hashtag #LaguKL2017

A post shared by Dayang Nurfaizah (@dayangsayangkamu) on

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE