SEARCH

Deadpool 2 Tampil Lebih Lucu & Grand Bersama Celine Dion

Deadpool 2 Tampil Lebih Lucu & Grand Bersama Celine Dion

Celine Dion mengeluarkan lagu dan muzik video terbaru di saluran “Good Morning America” sempena Deadpool 2.

Deadpool 2 and celine dion teaser by STAIL.MY 1

Tiada yang dapat menyangkal vokal mendunia dia, ditambah dengan penampilan Deadpool yang lucu, menari-menari di sekitar Celine dengan begitu lucu sekali. Ia sebahagian iklan acah untuk Deadpool 2 yang bakal tiba di pawagam bermula hari ini (16 Mei 2018).

Lagu yang bertajuk “Ashes” ini adalah antara lagu tema atau soundtrack untuk Deadpool 2. Ia sangat menghiburkan di samping elegan kerana dinyanyikan oleh Celine Dion. Siapa sangka Celine mahu menyanyi untuk watak jahat yang terkenal ini, bukan?

Sempena pengeluaran lagu tema ini juga, penyanyi asal Kanada ini turut berkongsi pendapat dan perasaan teruja kerana terlibat di dalam projek fun yang satu ini.

Sebelumnya, iklan acah bersama legenda hidup dan pemain bola sepak terkenal, David Beckham telah pun dilepaskan, di mana ia memperlihatkan Deadpool memohon maaf kepada Beckham kerana telah mempersendakan suaranya yang nyaring di filem Deadpool yang pertama.

A post shared by STAIL.MY (@stail.my) on

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE