SEARCH

#Interview: Dulu Juruteknik, Kini Bergelar Penyanyi, Dean Lewis

#Interview: Dulu Juruteknik, Kini Bergelar Penyanyi, Dean Lewis

Beberapa tahun lalu, Dean Lewis pernah bekerja sebagai juruteknik di sebuah syarikat televisyen Australia. Kini, pemuzik berusia 31 tahun itu gembira dengan kejayaannya. Dia masih tidak boleh percaya akan semua perkara yang telah berlaku. Bakat Aussie ini mengakui rahsianya iaitu dia masih fikir ia ‘gila’ yang dia mampu mencatat nama di peringkat antarabangsa.

Penyanyi-penulis lagu dari Sydney pertama kali menjadi terkenal ketika dia melancarkan debut single ‘Waves’ tahun lalu. Dia kemudian naik ke puncak carta dengan susulannya Be Be Alright, yang mendapat tempat nombor satu untuk beberapa minggu sebelum meraih platinum empat kali.

Dean Lewis yang baru sahaja mendarat empat jam dari Singapora untuk showcase-nya yang berlangsung pada hari Sabtu, 1 Jun 2019 di Slate @ The Row bergegas ke 2D Bubble Tea Cafe di Sunway Geo Mall untuk sesi temu bual bersama media. Berperwatakan ceria dan ramah, dia menyambut semua media dengan tangan terbuka.

Dean Lewis

Album debut kamu sudah siap, berapa lama masa untuk anda menyiapkan semua lagu?

Lagu pertama yang saya tulis untuk album itu dipanggil ‘For the Last Time’, dan saya menulis enam tahun lalu. Lagu pertama yang saya tulis adalah perkataan dan melodi. Dan saya fikir mungkin saya dapat mengejar ini sebagai kerjaya. Dari itu, penulisan lirik berkembang hari demi hari, idea demi idea. Jadi, secara kasarnya mungkin dalam setahun setengah.

Mengapa kamu memilih untuk menamakan album ‘A Place We Knew’?

Saya suka apabila frasa atau kalimat menceritakan kisah, ‘A Place We Knew’ mengingatkan saya apabila kamu memandu di hadapan rumah bekas teman wanita kamu lima tahun yang lalu, dan kami berdua telah bergerak mengikut haluan masing-masing tetapi kenangan itu masih ada. Ia sangat pahit dan sedih. Jenis lagu yang saya suka rasakan.

Bagaimana perasaan kamu melihat ‘Be Alright’ di nombor satu Carta Australia?

Sangat jarang untuk orang Australia mendapat tempat nombor satu di Carta Australia. Saya berada di Los Angeles ketika saya mengetahuinya, tinggal di sana selama lima minggu. Ia adalah perasaan yang luar biasa.

Bagaimana perasaan kamu apabila orang datang kepada anda dan mereka berkata lagu kamu membuat mereka menangis?

Pada mulanya saya rasa sangat teruk tapi lama kemudian saya rasa ok. Saya menyedari yang lagu tersebut memberi makna kepada mereka dan saya rasa seolah-oleh lagu itu menangkap jiwa mereka.

Adakah sebarang cabaran semasa membuat album?

Saya telah merakam lagu itu sebanyak empat kali, saya tidak dapat berhenti sehingga saya berpuas hati. Semua pasukan saya sangat menyokong, Saya telah merekodnya semula. Ia tidak mudah, saya mula mencabar diri saya ke tahap itu. Oleh itu, saya sentiasa ingin menjadikannya lebih baik dan lebih baik.

Adakah kamu masih berasa terdedah apabila memainkan lagu ‘Be Alright’?

Apabila saya memainkannya, ia pasti membawa saya ke sesuatu tempat… menyebabkan ia istimewa. Rasanya seperti 2000 mata di hadapan saya, dan ia berasa istimewa. Saya tidak berasa terdedah, tetapi saya berasa teruja. Hubungan itu berlaku enam tahun yang lalu, jadi saya telah menulis lagu itu setahun yang lalu. Saya tidak peduli dengan hubungan yang saya tulis. Saya hanya perlu membayangkan situasi baharu. Ia akan rasa berbeza tetapi ia tetap akan membawa saya ke masa lalu.

STAIL.MY juga berpeluang untuk menyaksikan Dean Lewis di atas pentas pada malam Sabtu lalu. Dia sangat seronok pada malam itu, menyanyi bersama peminatnya serta menjamu kami dengan suara yang lunak dan lirik yang terpahat di hati. Kamu boleh lihat di Instagram post STAIL.MY suasana malam tersebut.

 

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE