SEARCH

Dengarkan ‘Despacito’ – Lagu Latin Pertama Nyanyian Justin Bieber

Dengarkan ‘Despacito’ – Lagu Latin Pertama Nyanyian Justin Bieber

Despacito

Tak cukup menambat hati gadis dengan penampilan seksi, Justin Bieber (23) berganding bahu pula bersama dua orang penyanyi Latin bernama Luis Fonsi dan Daddy Yankee untuk lagu Latin terbaru dia yang bertajuk Despacito.

Penyanyi sensasi dengan bakat yang luar biasa besar ini kelihatan sangat bersungguh menyanyikan ‘Despacito’ dalam Bahasa Spanish. Satu tepukan buat anak lelaki yang berasal dari Kanada ini!

PURPOSE TOUR ?

A post shared by @adriannacarolina on

Bukan itu sahaja, keputusan Bieber memilih dua putera Latin dari Puerto Rico itu juga sememangnya pilihan yang bijak. Bersama, mereka menggabungkan jumlah peminat-peminat mereka menjadi satu dan seterusnya meledakkan jumlah tontonan di laman Youtube. Baru sahaja 24 jam dilepaskan, muzik video ‘Despacito’ sudah pun mencapai empat juta tontonan (pada masa artikel ini ditulis).

Baiklah tanpa membuangkan masa, dengarkan ‘Despacito’, lagu Latin pertama nyanyian Justin Bieber ft Luis Fonsi & Daddy Yankee pada pautan laman rasmi Youtube di bawah:

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE