SEARCH

Sonaone dan Alif Lancarkan Album Kolaborasi DETAIL

Sonaone dan Alif Lancarkan Album Kolaborasi DETAIL

Alif dan Sonaone secara rasminya melancarkan album kolaborasi sulung mereka berjudul DETAIL pada 13 April, Sabtu lepas. Saya berpeluang mendengar buat pertama kalinya kesemua lagu di dalam album DETAIL di The Bee, Publika. Album yang menyaksikan keajaiban kolaborasi antara dua bintang rap dan penerbit ini menampilkan 15 buah lagu yang boleh dianggap sebagai sebuah mahakarya sonik.

DETAIL

DETAIL sarat dengan lagu-lagu hit hebat dan pasti menjadi halwa telinga pendengar. Tahun lepas, lagu pertama berjudul ‘Obvious‘ diikuti oleh single Bahasa Melayu yang penuh bertenaga iaitu ‘Pun Boleh’. Dua lagu ini mempamerkan sekelumit sahaja kehebatan DETAIL yang lebih besar. Album ini diadun oleh Jimmy Cash – yang pernah menjadi jurutera album artis antarabangsa Travis Scott pada 2018 iaitu Astroworld – dan mendapat sentuhan mastering oleh Chris Athens, yang pernah bekerjasama dengan Drake, Nicki Minaj, Justin Timberlake serta David Guetta. Setiap lagu di dalam album ini akan membawa pendengar melalui satu pengembaraan muzik yang disaluti ajnas warna dan irama menarik yang diselang-selikan dengan unsur pop, hip hop, R&B serta soul.

Menurut Alif, tiba masanya untuk dia menghasilkan lagu untuk dirinya sendiri. Dia sudah banyak mencipta lagu untuk penyanyi lain dan tidak mahu terlalu over-produce, bimbang akan burn out dan cepat jelak dengan gaya sendiri.

Alif dan Sonaone juga mengumumkan single ketiga DETAIL iaitu ‘Look Around’. Dengan rentak serta kata-kata hebat, kamu juga dapat mendengar duo ini mencabar kamu untuk menamakan jika ada yang lebih hebat lewat kata-kata – “Don’t believe me/Look Around!” Seperti lagu sebelumnya, “Look Around” lagu yang bakal menjadi siulan yang boleh dimainkan di pesta besar ataupun di dalam bilik sendiri.

Dalam video muzik “Look Around” yang diterajui Zulamran Hilmi (pengarah video muzik lagu “Sampai Jadi”), Alif dan Sonaone menikmati hasil karya mereka bersama saudara Kartel mereka dari Singapura iaitu Yung Raja dan Fariz Jabba.

DETAIL kini boleh distrim/muat turun di semua platform digital.

Link: https://lnk.to/DETAIL

DETAIL

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE