SEARCH

Tanda 14 November Kamu Untuk Konsert Ed Sheeran Live in Kuala Lumpur 2017 !

Tanda 14 November Kamu Untuk Konsert Ed Sheeran Live in Kuala Lumpur 2017 !

Ed Sheeran Live Kuala Lumpur 2017

Lepaskan segalanya yang kamu sedang lakukan sekarang! Ed Sheeran bakal mengadakan konsert jelajah Ed Sheeran Live in Kuala Lumpur 2017 di Malaysia!

Dibawakan secara langsung di Axiata Arena (Stadium Tertutup Putra), Bukit Jalil pada jam 8.30 malam, tanggal 14 November nanti, konsert jelajah ini bersempena album ketiga penyanyi lelaki berambut jingga ini yang bertajuk ÷ “DIVIDED” yang juga baru sahaja dilepaskan tanggal 3 Mac.

DIVIDED mengandungi lagu-lagu hits seperti “Shape of You”, “Castle On The Hill” dan “Supermarket Flowers” yang sempat mencatat rekod “Album Terlaris Penyanyi Lelaki Solo” paling pantas terjual di England.

Penyanyi lelaki yang lahir tanggal 17 Februari 1991 ini memulakan karier muzik secara bebas pada 2004. Tahun 2011, Ed Sheeran menandatangani kontrak bersama rumah rakaman Asylum Records untuk album debut pertamanya yang berjudul + “PLUS” . Pada 2015 pula, dia membuka rumah rakamannya sendiri yang diberi nama Gingerbread Man Records.

Tiket ‘Ed Sheeran Live in Kuala Lumpur 2017’ mula dijual pada 15 Mei 2017 (10 pagi) dengan harga antara RM198, RM298, RM358 dan RM458 (tidak termasuk yuran tiket dan GST).

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE