SEARCH

EDMA 2019 – Undi Artis Kesayangan Kamu di Anugerah Digital ERA!

EDMA 2019 – Undi Artis Kesayangan Kamu di Anugerah Digital ERA!

ERA Digital Music Awards 2019 (EDMA 2019) sudah pun memasuki tahun keempat. EDMA adalah anugerah digital anjuran stesen radio Melayu No. 1 di Malaysia, ERA.FM

EDMA diwujudkan untuk memberi pengiktirafan kepada artis-artis tempatan untuk bakat dan pencapaian mereka di dalam industri hiburan Malaysia.

Undian Top5 untuk #EDMA2019 dibuka dari sekarang hingga 16 Januari 2020. Peminat-peminat muzik tempatan dijemput untuk membuang undi dan memilih juara dalam 5 kategori.

Kategori-kategori yang dipertandingkan merangkumi Artis Baru Baek, Lagu Featuring Hit, Rappers Paling ONZ, Fan Club Paling Ngam dan Lagu Viral ONZ.

Cara-cara membuang undi:
  1. Layari laman rasmi era.je dan klik pautan #EDMA2019
  2. Klik pada kategori untuk melihat calon-calon TOP5
  3. Lima calon TOP5 bersama butang undian disediakan di setiap kategori
  4. Undi dengan menekan butang UNDI untuk calon pilihan

Peminat hanya dibenarkan membuang satu undi dalam tempoh sehari bagi setiap calon yang bertanding.

Juara setiap kategori akan diumumkan pada malam anugerah #EDMA2019 yang dijadualkan berlangsung pada Januari kelak.

EDMA 2019 – Undi Artis Kesayangan Kamu di Anugerah Digital ERA!

 

SENARAI TOP 5 EDMA 2019

1 – Artis Baru Baek

•        Kucaimars

•        Naim Daniel

•        Muna Shahirah

•        Luqman Faiz

•        Fieya Julia

2 – Lagu Featuring Hit

•        Naim Daniel feat Tuju

•        K-Clique feat Alif

•        Zizan feat Ismail Izzani

•        Ippo Hafiz feat Sheryl Syazwani

•        Ara Johari feat Waris

3 – Rappers Paling ONZ

•        K-Clique

•        Aman Ra

•        Bunga

•        Zizi Kirana

•        Kidd Santhe

4 – Fan Club Paling Ngam

•        Qiemilio Official GC

•        Andi Dears Official

•        Khai Bahar Empire

•        Haelers

•        Wany Hasnizers

5 – Lagu Viral ONZ

•        Sumpah – Naim Daniel

•        Haa Tepok – Meer Fly, Kidd Santhe & MK K-Clique

•        Mimpi – K-Clique feat Alif

•        Hutang – Floor88

•       Donde – Andi Bernadee

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE