SEARCH

Ejen Ali The Movie: Lihat 11 Foto Eksklusif Sebelum Kamu Ke Wayang

Ejen Ali The Movie: Lihat 11 Foto Eksklusif Sebelum Kamu Ke Wayang

Sebelum EJEN ALI THE MOVIE diterbitkan, EJEN ALI menjadi salah satu animasi popular Asia yang berjaya meraih lebih daripada 2 juta penonton di TV3 serta mempunyai lebih daripada 1.45 juta pengikut di laman YouTube.

Ejen Ali diangkat dari kaca TV ke layar perak

Sejak tayangan pertama siri Ejen Ali di Malaysia pada 2016, animasi ini menarik minat beberapa stesen media antarabangsa dan berjaya menembusi siaran di lebih 50 buah negara, termasuk di rangkaian Disney Asia, Nickelodeon India, MNCTV Indonesia dan AlMajeed TV di serantau Timur Tengah dan Afrika Utara.

SINOPSIS EJEN ALI THE MOVIE

EJEN ALI THE MOVIE mengisahkan tentang Ali, seorang budak lelaki berusia 12 tahun yang direkrut menjadi perisik bagi sebuah agensi perisikan kebangsaan yang dikenali sebagai Meta Advance Tactical Agency (MATA). MATA berperanan bagi melindungi kota futuristik Cyberaya dari ancaman luar.

Konflik mula timbul apabila Ali mendapat tahu dia bukan lagi satu-satunya ejen yang boleh mengawal gajet istimewa IRIS – (Infinity Retinal Intelligence System). Gajet tersebut diubahsuai menjadi IRIS Neo, gajet yang boleh dikawal serta digunakan oleh ejen-ejen lain.

Inovasi baru ini dipersoalkan oleh Ali apabila dia merasa terpinggir dan kedudukannya sebagai ejen istimewa MATA tergugat. Pada saat itu, dia didatangi oleh individu misteri yang mendakwa mengetahui akan kisah silamnya. Maka bermulalah pengembaraan baru Ejen Ali demi membongkar kebenaran walaupun kesetiaannya terhadap MATA bakal teruji.

Seiring dengan tayangan filem ini, runut bunyi EJEN ALI THE MOVIE bertajuk ‘Bukalah Matamu’ turut dipersembahkan oleh Aisyah Aziz buat julung kalinya di malam tayangan perdana. Lagu tema kedua bertajuk ‘Kita Jaga Kita’ nyanyian Altimet bersama Cuurley dan Malik Abdullah. Di samping itu, skor muzik untuk filem animasi ini mendapat sentuhan daripada Azri Yunus dan Hakim Kamal.

EJEN ALI THE MOVIE dikuasakan oleh Tenaga Nasional Berhad, bakal melancarkan misinya di 160 pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei sepanjag musim cuti sekolah ini.

Sinopsis Ejen Ali The Movie Lihat 11 Foto Eksklusif Sebelum Kamu Ke Wayang

FOTO OLEH PRIMEWORKS STUDIOS

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE