SEARCH

#ELECTION2016 Donald Trump Menggempar Dunia Sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-45

#ELECTION2016 Donald Trump Menggempar Dunia Sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-45

intro-pic

Dunia seakan terhenti seketika. Rasmi, seorang jutawan wakil Republican Party, Donald Trump (70) bakal bergelar Presiden Amerika Syarikat ke-45, jawatan paling berkuasa dan berpengaruh di dunia.

Trump tak terduga berjaya mengalahkan calon kegemaran ramai, wakil Democratic Party, Hillary Clinton (68) dengan jumlah 276 pilihan undi (electoral votes) sementara Clinton hanya berjaya meraih 215 pilihan undi (electoral votes). Sekurang-kurangnya sebanyak 270 electoral votes diperlukan calon untuk diisytihar sebagai pemenang.

gambar-dalam

Usahawan yang sebelum ini cemerlang berkempen secara kontroversi dan selalu bersifat perkauman, Trump sekali lagi mengejutkan dunia pada ucaptama kemenangannya yang sangat kontra.

“Hillary bekerja bersungguh-sungguh dalam satu tempoh masa yang lama dan kita (rakyat Amerika Syarikat) harus berterima kasih padanya,” ucap Trump hadapan ribuan penyokongnya di Midtown Hilton Hotel, New York.

Saya akan menjadi Presiden untuk semua rakyat Amerika Syarikat. Dan Ia sangat penting bagi saya – DONALD J. TRUMP, Presiden Amerika Syarikat ke-45

intro-pic-option-1

Hanya selepas lapan tahun rakyat Amerika melantik presiden kulit hitam pertama mereka, tahun ini pada tanggal 9 November 2016, rakyat Amerika kembali membuat kejutan pada dunia. Namun kejutan itu tidaklah berbau positif seperti sebelum ini, melainkan lebih berbau negatif.

Ini kerana, sepanjang kempen Trump berikrar akan menghalau semua pekerja migran, membina pagar di sempadan US-Mexico dan menghapuskan pelan kesihatan Obamacare (yang dilihat sebagai ancaman kepada syarikat insurans). Apa pun nasi sudah menjadi bubur, keputusan ini melihat Trump bakal menjawat Presiden Amerika Syarikat ke-45 secara rasmi di Rumah Putih pada tanggal 20 Januari 2017, tahun hadapan.

Ironinya, Amerika Syarikat sekali lagi terlepas mencipta sejarah dalam melantik presiden wanita pertama mereka. Walhal negara kuasa nombor satu dunia ini tak sudah-sudah melaungkan hak wanita, tetapi nampaknya mereka gagal mutlak. Sedangkan negara-negara majoriti Islam yang mereka bilang ketinggalan dan kategorikan dalam kuasa dunia ketiga seperti Pakistan dan Indonesia sudah pun pernah memiliki presiden wanita. Amerika Syarikat bila pula?

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE