SEARCH

It’s a boy! Elfira Loy Selamat Bersalin Hero! Rayyan Khalaf Comel Seperti Bapa

It’s a boy! Elfira Loy Selamat Bersalin Hero! Rayyan Khalaf Comel Seperti Bapa

Elfira Loy Selamat Bersalin Anak Lelaki Sulung

Elfira Loy dan suami, Faris Anuar selamat timang cahaya mata pertama yang diberi nama Muhamad Rayyan Khalaf bin Muhamad Faris pada tanggal 1 0ktober 2019. Bayi lelaki seberat 3.68 kg ini dilahirkan secara normal pada jam 5.40 petang di sebuah hospital swasta berdekatan Seri Kembangan, Selangor.

Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri (25) berkongsi berita gembira itu di laman Instagramnya miliknya pada 2/10/2019.

View this post on Instagram

Syukur Alhamdulillah | 1.10.19

A post shared by 25 | 🇲🇾 | (@elfiraloy) on

Meskipun baru saja mendedahkan perkhabaran baik tersebut di Instagram sehari selepas bersalin, rakan-rakan artis dan pengikut tak henti-henti mencurahkan ucapan tahniah. Status Elfira menjadi perhatian ramai, warganet pun ikut tumpang gembira dengan kelahiran anak pertamanya itu.

Elfira menerusi Instagramnya itu berkata, dia berterima kasih kepada semua yang berbesar hati mendoakan kesejahteraan dia dan anaknya.

Muhammad Rayyan Khalaf Elfira Loy Selamat Bersalin

“Hidup kami terasa lengkap dan hati penuh dengan rasa cinta tidak bersyarat. Sayang kamu, anakku,” – Elfira Loy

“Semalam, tidur bagai dibuai mimpi. Setiap masa di bilik bersalin, setiap sakit-sakit, setiap momen yang saya lalui, saya teringat kembali. Ya Allah, macam tak percaya. Terima kasih ya Allah, terima kasih keluarga, terima kasih sahabat, terima kasih semua yang mendoakan kamu,” tulis Elfira meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga.

Terdahulu, Elfira dan Faris berkahwin pada 1 Januari 2019 lalu di Cyberview Resort, Cyberjaya.

Muhammad Rayyan Khalaf 2

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE