SEARCH

#TULAR Elizabeth Tan Tampil Seksi Dengan ‘Police Entry’

#TULAR Elizabeth Tan Tampil Seksi Dengan ‘Police Entry’

Sunyi tanpa lagu baru hampir setahun lamanya, Elizabeth Tan muncul dengan single terbaru bertajuk Police Entry. Penyanyi wanita berketurunan Cina yang fasih berbahasa Melayu dan lebih mesra disapa Lizzy ini sekali lagi mempertaruhkan lagu berentak pop.

Elizabeth Tan - Police Entry by STAIL.MY 1

‘Police Entry’ adalah hasil ciptaan penyanyi dan komposer yang tidak perlu diperkenalkan lagi iaitu Hael Husaini bersama Ezra Kong. Mendapat sentuhan formulasi lagu-lagu ciptaan duo ini, ‘Polis Entry’ sarat dengan bait-bait lirik yang catchy sebagai tarikan utama.

Mengambil inspirasi daripada lagu permainan kanak-kanak yang sinonim dengan permainan kejar-mengejar, lagu ini dijangka menambat perhatian pendengar melalui melodi yang mesra telinga dan irama yang berentak komersial.

Elizabeth Tan - Police Entry by STAIL.MY 2

“Rakyat Malaysia sangat mengenali melodi lagu permainan ‘Polis Sentri’ yang terkenal ini. Trend masakini, pendengar lebih suka mendengar lagu-lagu yang berentak rancak dan menangkap halwa telinga. Oleh kerana itu, lirik lagunya saya garapkan dengan secara ringkas serta menyuntik sedikit melodi dan elemen permainan waktu kecil itu tadi agar mudah menjadi siulan orang ramai,” jelas Hael Husaini.

“Ini kali pertama saya bekerjasama dengan Hael dan Ezra dan ia memang suatu pengalaman yang unik. Mereka penuh dengan idea yang kreatif. Sangat seronok bekerjasama dengan mereka. Saya gembira dengan ‘Police Entry’.

Melalui iklan acah yang saya kongsikan dengan peminat di laman media sosial, mereka memberi reaksi yang sangat positif. Saya teruja untuk menanti pula reaksi peminat apabila lagu ini dan video muzik rasmi bakal dilancarkan sepenuhnya nanti.

Elizabeth Tan - Police Entry by STAIL.MY 3

Apatah lagi ‘Police Entry’ bertindak sebagai buah tangan terbaru saya selepas setahun karier nyanyian saya terhenti akibat sibuk dengan komitmen lain. Saya berharap single ini dapat diterima dengan baik oleh semua peminat muzik tanah air,” luah Lizzy yang pada mulanya dikenali sebagai selebriti sensasi Youtube sebelum bergelar artis ini.

Police Entry boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBox, Deezer dan iTunes. Saksikan muzik video ‘Police Entry’ secara eksklusif di bawah.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE