SEARCH

Faizal Tahir Respons Kepada Peminat Yang Mahu Bunuh Diri

Faizal Tahir Respons Kepada Peminat Yang Mahu Bunuh Diri

Faizal Tahir memuat naik sebuah video tentang seorang peminatnya yang berniat untuk membunuh diri. Dalam video tersebut, Faizal menyatakan bahawa ramai peminat menghubunginya apabila dia memuat naik satu video di Instagram story dan meletakkan nombor telefonnya dua bulan lalu supaya peminat boleh menghubungi secara peribadi.

Jelas Faizal, ramai peminatnya menghantar mesej ke nombor itu namun Faizal tertarik pada satu mesej peminatnya yang membuat pengakuan pernah terdetik untuk membunuh diri akibat tekanan hidup. Pengakuannya itu dikongsikan kepada Faizal dengan menyertakan satu tangkapan skrin tweet yang bertarikh 17 Januari 2019 untuk membunuh diri.

Setelah mendapat mesej berkenaan, Faizal terus menghubungi untuk memberi semangat dan peminatnya itu menunjukkan rasa bersyukur kerana mendapat kata-kata semangat daripada Faizal sendiri.

Faizal turut melahirkan rasa syukur dan mengatakan bahawa inilah kekuatan muzik dan ia adalah antara sebab mengapa dia masih meneruskan kerjaya muzik. Akhirnya mesej yang ingin disampaikan dalam lagu Bisa Aja dapat memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat.

Mainkan pautan di bawah untuk video penuh:

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE