SEARCH

10 Fakta Gundala, Filem Adiwira Ala Marvel Sebelum Kamu Ke Wayang

10 Fakta Gundala, Filem Adiwira Ala Marvel Sebelum Kamu Ke Wayang

Gundala adalah filem adiwira neo-noir pahlawan dari Indonesia arahan dan tulisan pengarah prolifik Joko Anwar. Filem ini adalah produksi bersama Screenplay Films, Legacy Pictures, Ideosource Entertainment dengan pemilik hakcipta Gundala iaitu BumiLangit Studios. Istimewanya, Gundala akan menjadi permulaan buat Sinema Semesta BumiLangit, semacam Marvel Cinematic Universal bikinan Marvel Studios.

Mengangkat Abimana Aryasatya sebagai pemeran utama, Gundala turut dibintangi seorang pelakon Malaysia yang tidak asing lagi, Bront Palarae sebagai Pengkor. Di dalam filem ini, Bront menyandang watak antagonis atau penjahat utama. Baiklah tanpa membuang masa lagi, ini 10 fakta Gundala – filem adiwira ala Marvel sebelum kamu menontonnya di panggung wayang, seperti yang tertera:

 

10 Fakta Gundala

1 – Gundala adalah filem adaptasi daripada komik pahlawan pertama di Indonesia ciptaan Harya Suraminata pada 1969.

2 – Komik ini mendapat sambutan hebat selama 13 tahun oleh pencinta komik di sana dan telah diterbitkan sebanyak 23 edisi sehingga tahun terakhirnya pada 1982.

3 – Filem ini mengisahkan tentang Sancaka yang terpaksa hidup di jalanan sejak kecik setelah ditinggalkan oleh ibubapanya. Kesulitan hidup membuatkan Sancaka sering memikirkan bagaimana dia harus bertahan untuk meneruskan kehidupan. Ketika keadaan semakin memburuk, Sancaka harus memilih untuk hanya melindungi dirinya sendiri atau bangkit menjadi pahlawan membantu mereka yang tertindas.

Ini 10 Fakta Gundala, Filem Adiwira Ala Marvel Sebelum Kamu Kamu Wayang

 

4 – Gundala dibintangi oleh Abimana Aryasatya, Tara Basro, Ario Bayu, Cecep Arif Rahman, Rio Dewanto dan Muzakki Ramdhan. Di samping pelakon Malaysia, Bront Palarae yang turut membintangi filem ini sebagai penjahat utama.

5 – Filem ini ditulis dan diarahkan oleh pengarah terkenal Indonesia, Joko Anwar. Antara filem terkenal arahannya seperti ‘Janji Joni’, ‘Pengabdi Setan’ dan ‘Perempuan Tanah Jahanam’.

6 – Filem edaran Legacy Pictures dari Indonesia ini adalah terbitan bersama Screenplay Flms dan BumiLangit Studios. Ia dijangka akan berkembang sebagai Sinema Semesta BumiLangit, seakan-akan Marvel Cinematic Universe.

Abimana Aryasatya Pelakon utama Gundala
Abimana Aryasatya sebagai Sancaka & Gundala

 

7 – Bagi penghasilan kostum, pihak produksi Gundala bekerjasama dengan Quantum Creations FX, pereka kostum dari Hollywood yang pernah menghasilkan kostum bagi filem-filem adiwira terkenal seperti ‘Dare Devil’, ‘Supergirl’ dan ‘Iron Man’.

8 – Kesan khas atau visual effect pula dihasilkan oleh Anibrain VFX dari India yang pernah terlibat dalam pembikinan filem ‘Doctor Strange’, ‘Guardian of Galaxy Vol 2’ dan ‘Fantastic Beast’.

9 – Gundala berjaya menggondol tiga (3) anugerah di Festival Filem Indonesia 2019 menerusi kategori Pengarah Sinematografi Terbaik (Ical Tanjung), Penata Efek Visual Terbaik (Abby Eldipie) dan Penata Suara Terbaik (Khikmawan Santosa, M. Ikhsan & Anhar Moha).

10 – Gundala ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 26 Disember 2019, manakala ia sudah pun ditayangkan di Indonesia sejak Ogos lagi. Gundala juga terpilih untuk ditayangkan di Toronto International Film Festival 2019 pada September lalu.

Poster Gundala

 

Poster Gundala 2

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE