SEARCH

Fattah & Fazura Bertunang – Kami Rakam Secara Eksklusif Di Sidang Media #Fattzura

Fattah & Fazura Bertunang – Kami Rakam Secara Eksklusif Di Sidang Media #Fattzura

Setelah meninggalkan beberapa spekulasi dan desas-desus tentang status hubungan mereka, akhirnya Fattah dan Fazura bertunang.

Khabar gembira ini disampaikan sendiri oleh Fattah & Fazura pada sidang media #Fattzura yang berlangsung tanggal 23 november 2017 di Dewan Tun Sri Lanang, Royale Chulan Kuala Lumpur.

A post shared by STAIL.MY (@stail.my) on

Fattah Amin turut menjelaskan majlis pertunangan dan merisik telah pun dilangsungkan pada 13 November 2017 yang lalu. Sementara 14 November pula adalah tarikh majlis doa selamat sempena keberangkatan mereka ke Tanah Suci Mekah.

Bagi membersihkan udara daripada sebarang fitnah, kedua-dua pasangan selebriti ini juga menjelaskan keberangkatan mereka ke Mekah bagi menunaikan ibadah Umrah bersama keluarga. Tiada majlis akad nikah dijalankan di sana.

Buat masa sekarang, Fattah dan Fazura masih dalam proses permohonan nikah. Dokumen-dokumen berkaitan sudah pun dikemukakan bagi tindakan lanjut. Dalam masa sama, mereka sedang dalam rangka menghadiri kursus perkahwinan.

Mengurai lagi spekulasi yang bertebaran, tarikh rasmi pernikahan mereka masih belum dipastikan kerana menunggu pengesahan proses aplikasi daripada pihak jabatan agama.

Baik Fattah mahupun Fazura mahu mengadakan sesi pernikahan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh kaum keluarga sahaja. Pasangan ini amat berharap agar peminat-peminat, juga media dapat memahami permintaan daripada pihak keluarga.

Majlis resepsi pula akan diadakan pada awal 2018.

Lihat rakaman eksklusif pada malam Sidang Media #Fattzura yang mengumumkan Fattah dan Fazura Bertunang

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE