SEARCH

‘NOCTURNAL ANIMALS’: FILEM ARAHAN TOM FORD BAKAL MEMBUKA TIRAI FESTIVAL FILEM ANTARABANGSA TORONTO 2016

‘NOCTURNAL ANIMALS’: FILEM ARAHAN TOM FORD BAKAL MEMBUKA TIRAI FESTIVAL FILEM ANTARABANGSA TORONTO 2016

TomFord2_stailMY

Senarai filem yang bakal ditayangkan sepanjang Festival Filem Antarabangsa Toronto 2016 (FFAT) dikeluarkan Selasa lepas (26/7/16). Dalam banyak-banyak filem yang disenaraikan, filem yang paling mencuri tumpuan tentunya filem arahan sutradara dan pereka fesyen terkenal dunia, Tom Ford iaitu “Nocturnal Animals” yang dibintangi Jake Gyllenhaal dan Amy Adams. Filem ini filem arahan sinematik keduanya selepas filem pertama, “A Single Man,” yang mendapat pujian dan dikeluarkan pada 2009.

Tahun ini juga, FFAT bakal menjadi pentas perdana menayangkan filem arahan pertama bekas pelakon Star Wars, Ewan McGregor iaitu “American Pastoral” dan filem pertama arahan model terkenal Kelly Fremon Craig, “The Edge of Seventeen”. “The Edge of Seventeen” dibintangi oleh Hailee Steinfeld dan bakal menutup tirai FFAT tahun ini. Filem-filem baru arahan sutradara dan pengarah dari serata dunia seperti Jim Jarmusch, Werner Herzog, Eleanor Coppola dan Nick Cannon juga turut tersenarai dalam festival filem yang berprestij ini.

FFAT adalah pentas filem awal yang memperkenalkan filem-filem baru ke mata dunia. FFAT juga dilihat sebagai langkah pertama dan bertindak sebagai inkubator yang melahirkan filem-filem yang bakal memenangi anugerah perfileman besar seperti Oscar dan Golden Globes. FFAT 2016 bakal berlangsung selama 10 hari dari 8 hingga 18 September 2016 di Toronto, ibu kota Kanada.

TomFord3_stailMY

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE