SEARCH

Senarai Pemenang Festival Filem Malaysia ke-28

Senarai Pemenang Festival Filem Malaysia ke-28

Intro-Pic

Baru sahaja melabuhkan tirai, Festival Filem Malaysia ke-28 (FFM28) berlangsung meriah di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Malam Sabtu 3 September itu menyaksikan filem Munafik berjaya merangkul anugerah utama FFM28 iaitu Filem Terbaik Nasional, sementara filem Jagat berjaya memenangi anugerah Filem Terbaik Malaysia.

Malam kemuncak FFM28 ini juga menyaksikan filem terbitan Astro Shaw, Polis Evo turut memenangi empat anugerah seperti “Filem Pecah Panggung”, “Sinematografi Terbaik”, “Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik” dan “Anugerah Khas Juri 2”. Anugerah khas ini diberikan kepada Polis Evo kerana mengangkat nilai produksi dan komersial yang tinggi.

Anugerah Khas Juri 1 dimenangi filem Ola Bola kerana mengangkat nilai perpaduan dan kekeluargaan menerusi semangat kesukanan. Manakala Anugerah Khas Juri 2 pula dimenangi filem The Kid From The Big Apple yang mentransformasi nilai budaya dan merapatkan jurang antara generasi.

Sebelum ini, FFM28 dilanda kontroversi kerana pertikaian dan ketidakpuasan hati sesetengah pihak terhadap kategori Filem Terbaik bukan dalam Bahasa Malaysia. Kategori ini diwujudkan kerana filem yang dibikin mempunyai kurang 70% penggunaan Bahasa Melayu. Sementara itu beberapa pihak menentang kategori ini kerana dilihat tidak adil pada filem yang menggunakan bahasa-bahasa selain Bahasa Malaysia namun tetap sahaja diarahkan pengarah Malaysia. Kategori ini seterusnya ditukar nama kepada “Filem Terbaik Malaysia”.

Berikut senarai pemenang FFM-28 mengikut kategori masing-masing ;

FILEM TERBAIK NASIONAL
Munafik

FILEM TERBAIK MALAYSIA
Jagat

ANUGERAH KHAS JURI  1
Ola Bola

ANUGERAH KHAS JURI  2
Polis Evo

ANUGERAH KHAS JURI  3
The Kid From The Big Apple

FILEM ANIMASI TERBAIK
BoboiBoy The Movie

LAKON LAYAR TERBAIK
Nota (Bae Tanaka)

SINEMATOGRAFI TERBAIK
Polis Evo (Haris Hue Abdullah)

FILEM PECAH PANGGUNG
Polis Evo

CERITA ASAL TERBAIK
Mat Moto

ANUGERAH KARYAWAN SEPANJANG ZAMAN
Deddy M. Borhan (Azura)

PENGARAH TERBAIK
Syamsul Yusof  (Munafik)

PENGARAH BAHARU TERBAIK
Shanjey Kumar Perumal (Jagat)

PENYUNTING TERBAIK
Syamsul Yusof (Munafik)

PELAKON LELAKI TERBAIK
Pekin Ibrahim  (Mat Moto)

PELAKON WANITA TERBAIK
Nabila Huda (Munafik)

PELAKON KANAK – KANAK TERBAIK
Tan Qin Lin (The Kid From The Big Apple)

PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK
Hushairi Husain (Polis Evo)

PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK
Fauziah Dato’ Ahmad Daud (Langit Cinta)

PELAKON BAHARU LELAKI TERBAIK
Adam Shahz  (Juvana 2)

PELAKON BAHARU WANITA TERBAIK
Falisha Crosley (Mat Moto)

PEREKA BUSANA TERBAIK
Elaine Ng & Weng Shum (Ola Bola)

KESAN VISUAL KHAS TERBAIK
Yusry Abdul Halim (Cicakman 3)

PENATAAN SENI TERBAIK
Wong Jee Meng & Nick Wong (Huat The Fish)

PENATAAN BUNYI TERBAIK
Imaginex Studio Sdn Bhd (Munafik)

SKOR MUZIK ASAL TERBAIK
Onn San & Alex San (Ola Bola)

LAGU TEMA TERBAIK
Arena Cahaya oleh Zee Avi & Rendra Zawawi (Ola Bola)
FILEM ANIMASI PENDEK TERBAIK
Wau Animation (Ejan Ali)
FILEM PENDEK TERBAIK
Entropy Studios Sdn Bhd (RM10)
FILEM DOKUMENTARI TERBAIK
Dosfellas Sdn Bhd (Boat People)
ANUGERAH PENGGIAT BELAKANG TABIR
Mohd Noor Tagaya

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE