SEARCH

10 Filem Adaptasi Novel Yang Bakal Terbit Pada 2018

10 Filem Adaptasi Novel Yang Bakal Terbit Pada 2018

Kebiasaannya, walaupun tidak selalu, senaskah buku yang baik akan menghasilkan filem adaptasi novel yang bagus dan menarik. Tahun 2017 membuktikan penyataan ini.

Seperti beberapa filem adaptasi tahun lepas, tidak kira yang datang dari senaskah buku ataupun komik seperti ‘Wonder Woman’, atau ‘Justice League’ dan ‘Jumanji 2017’ serta ‘Tombiruo’ telah pun berjaya menghasilkan filem-filem pecah panggung untuk 2017.

Sama halnya dengan ‘Call Me by Your Name’ yang menterjemahkan perasaan, butiran terperinci dan jalan cerita yang tidak lari jauh dari novel asalnya.

Untuk itu, saya memandang filem-filem adaptasi novel pada tahun ini dengan cerah. Agar 10 filem adaptasi novel yang bakal terbit pada 2018 ini memenuhi kriteria dan jangkaan, seperti yang diharapkan.

 

1 – 12 Strong

Tayangan: 19 Januari 2018
Penulis: Doug Stanton
Pelakon: Chris Hemsworth, Elsa Pataky
SINOPSIS

Selepas tragedi serangan 9/11 oleh pengganas, sekumpulan pasukan tentera elit Amerika Syarikat diterbangkan ke Afghanistan bagi memerangi Taliban.

 

2 – Maze Runner 3: The Death Cure

Tayangan: 26 Januari 2018
Penulis: James Dasher
Pelakon: Dylan O'Brien, Thomas Brodie-Sangster
SINOPSIS

Filem sambungan ketiga, di mana Thomas (Dylan O’Brien) bersama rakan-rakan akhirnya bertemu dengan organisasi jahat yang mencipta “The Maze”.

 

3 – Fifty Shades Freed

Tayangan: 9 Februari 2018
Penulis: E. L. James
Pelakon: Jamie Dornan, Dakota Johnson
SINOPSIS

Selepas bernikah, Christian dan Anastasia melayari bahtera perkahwinan dengan gelora dan beberapa lagi insiden yang menguji bahagia.

4 – Annihilation

Tayangan: 23 Februari 2018
Penulis: Jeff Vandermeer
Pelakon: Natalie Portman, Gina Rofriguez
SINOPSIS

Kisah empat orang wanita moden dan berkerjaya. Mereka adalah ahli biologi, psikologi, antropologi dan jurutera, bersama-sama dalam misi mengkaji “AREA X”, iaitu kawasan tandus misteri yang keramat.

 

5 – Red Sparrow

Tayangan: 2 Mac 2018
Pelakon: Jennifer Lawrence, Joel Edgerton
Penulis: Jason Matthews
SINOPSIS

Kisah seorang penari balerina yang dalam samaran. Dominika sebenarnya adalah penyiasat Rusia terlatih yang terkenal dengan jolokan “Red Sparrow”.

6 – Crazy Rich Asians

Tayangan: 7 Ogos 2018
Pelakon: Henry Golding, Constance Wu
Penulis: Kevin Kwan
SINOPSIS

Rachel tidak pernah mengetahui yang teman lelakinya, Nick adalah daripada keluarga yang kaya-raya ketika dia berangkat ke Singapura untuk berjumpa dengan keluarga Nick.

 

7 – The Darkest Minds

Tayangan: 14 September 2018
Pelakon: Mandy More, Amandla Stenberg
Penulis: Alexandra Braken
SIPNOSIS

Sembilan puluh lapan peratus populasi Amerika Syarikat mati dalam satu wabak misteri. Saki-baki 2% lagi sedang berevolusi menjadi manusia masa hadapan tetapi dikawal dengan ketat. Ruby, gadis berusia 16 tahun berjaya lolos dari kem tahanan dan mula memberontak terhadap kerajaan.

 

8 – Boy Erased

Tayangan: 28 September 2018
Penulis: Garrard Conley
Pelakon: Lucas Hedges, Nicole Kidman
SINOPSIS

Memoir budak lelaki homoseksual berusia 19 tahun, yang kebetulan bapanya seorang paderi. Mereka memberi pilihan, sama ada menyertai kem terapi untuk “sembuh” atau dibuang keluaga selama-lamanya jikalau dia ingkar.

 

9- The Girl in the Spider’s Web

Tayangan: 19 Oktober 2018
Pelakon: Claire Foy, Sverrir Gudnason 
Penulis: David Lagercrantz
SINOPSIS

Pengembaraan hitam Lisbeth Salander yang seterusnya, termasuk melawan NSA dan samseng Rusia.

 

10 – Bel Canto

Tayangan: Belum diumumkan
Pelakon: Julianne Moore, Ken Watanabe 
Penulis: Ann Ratchett
SINOPSIS

Sekumpulan diplomat dan bangsawan yang sedang menghadiri majlis diplomasi di sebuah kompleks kerajaan. Kemudian, majlis diserang oleh pengganas. Mereka disimpan sebagai tahanan selama berminggu-minggu lamanya, sebelum masing-masing nekad membebaskan diri.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE