SEARCH

Tonton Final Piala Dunia #FIFA2018 Di TV Mega Pavilion Elite

Tonton Final Piala Dunia #FIFA2018 Di TV Mega Pavilion Elite

Semakin kita merasai bahang musim bola yang sedang berlangsung sekarang, Pavilion Kuala Lumpur (Pavilion KL) senang menganjurkan kempen “Dream Goals”, yang mengajak kamu untuk bersama-sama merasai pengalaman bola terunik dengan menonton final Piala Dunia #FIFA2018 secara stailish di layar lebar LED gergasi di Pavilion Elite pada 15 Julai, jam 8 malam.

Bersempena ulangtahun ke-10 Pavilion KL juga, seleksi aktiviti menarik, promosi dan pop-up stores turut dijalankan sepanjang #FIFA2018 berlangsung. Kempen yang mendapat usahasama daripada Celcom, Coca-Cola dan The Star ini juga menawarkan variasi permainan interaktif yang tersedia di sekitar Pavilion KL.

Sedia untuk memenangi pelbagai hadiah lumayan seperti set wangian Hugo Boss, baucer istimewa RedBox Plus atau jersi rasmi #FIFA2018 daripada Adidas. Kamu juga berpeluang memenangi barangan eksklusif daripada Air Asia, Coco-Cola dan Celcom dengan hanya berkunjung ke booth-booth penaja berikut.

Khas buat pelanggan Celcom, terdapat ruang premium lengkap dengan beanbags untuk pengguna Celcom yang bertuah

 

Selain itu, dua perlawanan separuh akhir turut disiarkan secara langsung di Connection TV yang terletak di aras 3 Connection (lantai antara Pavilion KL dan Pavilion Elite). Sekiranya kamu lapar dan dahaga, terdapat aneka pilihan makanan dan minuman di lantai ini yang penuh dengan restoran-restoran jenama tempatan dan antarabangsa.

Pelbagai promosi dan aktiviti berkaitan bola turut dijalankan. Persembahan dan permainan yang disediakan pasti mengisi masa terluang kamu sementara menunggu perlawanan akhir #FIFA2018 ini berlangsung.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE