SEARCH

Finesse: The 16 Baris Story – Dokumentari Tentang Perjuangan Hip Hop Di Malaysia

Finesse: The 16 Baris Story –  Dokumentari Tentang Perjuangan Hip Hop Di Malaysia

finesse 16 baris story joe flizzow by STAIL.MY 1

“If it ain’t luck 

Then it was meant to be” 

 

SonaOne pernah menyampaikan kata-kata ini (yang bermaksud jika ia bukan nasib, bererti ia adalah takdir) dalam persembahan rapnya sewaktu persembahan spontan yang memukau semasa beraksi di dalam rancangan 16 Baris.

Makanya pelopor rancangan, rapper terkenal dari Subang Jaya, Joe Flizzow mengambil inisiatif bersama Rocketfuel Entertainment serta Kartel Records membawa kembali rancangan mencungkil bakat dalam industri hip hop ini untuk musim kedua.

finesse 16 baris story joe flizzow by STAIL.MY 2

Finesse: The 16 Baris Story menangkap perjalanan konsert ‘16 Baris’ serta segala bicara perihal hip hop serantau dalam sebuah dokumentari. Ia rancangan mencungkil bakat hip hop paling berpengaruh serta berkesan di Asia Tenggara.

Berdurasi 30 minit, dokumentari tersebut menyingkap bagaimana 45 suara rap terunggul Asia Tenggara berkumpul setiap minggu di kedai gunting rambut milik Joe Flizzow iaitu Joe’s Barbershop di Subang Jaya dan bertarung antara satu sama lain dalam seni hip hop paling tradisional iaitu perlawanan kata-kata secara spontan atau ‘freestyle’.

Itu asas utama yang melahirkan ‘16 Baris’ dan itu jugalah yang dipertaruhkan setiap minggu; peserta-peserta melontarkan lirik rap masing-masing secara spontan dengan cara yang paling kreatif dan bermakna untuk membuktikan bakat serta kehebatan masing-masing.  Faktor inilah yang telah membawa kepada lebih 1 juta tontonan sepanjang 15 episod musim pertama rancangan tersebut berlangsung.

Mengikut format ‘Finesse: The 16 Baris Story’, peserta akan didedahkan pada cara menguasai bakat serta keyakinan diri sambil menyaksikan sendiri kelancaran gaya pertaruhan kata-kata terhebat dunia rap serantau termasuk Singapura dan Indonesia.

finesse 16 baris story joe flizzow by STAIL.MY 3

Saya sudah mempunyai idea untuk menghasilkan ‘16 Baris’ sejak membuka kedai gunting rambut saya yang pertama. Dari dulu saya ingin mengacara rancangan seperti ini yang boleh menggabungkan pelbagai penyanyi rap dalam satu acara, sehingga ternyata ia membawa satu perubahan,” ujar Joe Flizzow.

finesse 16 baris story joe flizzow by STAIL.MY 6

Dan kata-katanya adalah benar kerana belum ada lagi rancangan sedemikian di rantau ini. Selain mencetuskan sebuah revolusi internet, ‘16 Baris’ juga sudah berkembang menjadi sebuah jenama yang sinonim dengan sejarah serta pergerakan hip-hop Malaysia.

Buktinya melalui penganjuran konsert percuma di The Bee, Publika dengan kebanjiran 3000 peminat hip-hop yang datang melebihi kapasiti 500 penonton yang dijangkakan. Yang seterusnya membawa ke acara hip-hop terbesar di Malaysia iaitu Konsert ‘16 Baris’ 2018 di Stadium Tenis Duta yang dihadiri lebih 5000 orang pencinta muzik hip-hop.

Highlight utama konsert dapat disaksikan dalam dokumentari Finesse: The 16 Baris Story.

Bersama penaja utama, TuneTalk dan rakan kongsi JD Sports serta Pepsi sekali lagi membawa musim kedua 16 Baris yang dijangka lebih gah dari sebelumnya. Namun sebelum itu, saksikan Finesse: The 16 Baris Story sebagai peringatan tentang bagaimana segalanya bermula.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE