SEARCH

#ReviewFilem Five Feet Apart, Cinta Yang Terpisah 5 Langkah

#ReviewFilem Five Feet Apart, Cinta Yang Terpisah 5 Langkah

Debut perdana Justin Baldoni, filem romantis Five Feet Apart dibintangi Cole Sprouse dan Haley Lu Richardson sebagai dua remaja berumur 17 tahun. Mereka ini diserang penyakit fibrosis cystic iaitu gangguan pernafasan genetik yang kronik dengan jangka hayat yang pendek.

Watak yang dibawa oleh mereka merujuk kepada diri mereka sendiri. Kedua-dua watak tersebut menjalani pelbagai rawatan di hospital. Watak Will yang dilakonkan oleh Cole ialah seorang yang liberal, menyukai boot, tidak mengambil rejimen perubatannya dengan serius, kerana dia berserah dengan hidup untuk mengalahkan penyakit itu. “Ia hanya hidup, ia akan berakhir sebelum kamu tahu,” katanya.

Seterusnya, Stella Richardson yang dilakonkan oleh Haley adalah YouTuber yang berperwatakan ceria dan bertenaga, hidup mengikut peraturan, bertekad untuk mendapatkan yang lebih baik dengan harapan menerima pemindahan paru-paru. Stella menyukai media sosial dan berkongsi kisahnya, yang sebahagian besar tentang kehidupannya di hospital.

Five Feet Apart“, nampaknya mirip dengan kisah cinta remaja di “The Fault in Our Stars“.

Judul “Five Feet Apart” diinspirasi daripada keadaan Stella dan Will yang harus menjaga jarak sejauh lima langkah sesama sendiri. Stella sendiri selalu mencuri kesempatan dan mengurangi jarak satu langkah demi cintanya kepada Will. Pesakit cystic fibrosis membawa tabung oksigen dan masker khusus untuk kemana-mana. Larangan untuk saling bersentuhan secara fizikal menjadi beban buat Stella dan Will.

Bertemakan cinta, pengorbanan dan harapan, “Five Feet Apart” mengingatkan penonton bahawa kehidupan amat bernilai, setiap nafas, tidak kira betapa sukar, berharga, dan cinta itu tidak bergantung pada sentuhan fizikal.

Adegan Will dan Stella menyelinap melalui lorong-lorong hospital is tragically adorable. Sinematografi secara keseluruhannya adalah suram dan cantik. Dengan nada klinikal bersama lukisan yang dicat dengan warna gelap, pembuat filem menjelaskan kemusnahan yang dipaksa hidup dan percubaan mereka untuk menambah warna dan kehangatan ke dalam kehidupan melalui pesta lilin rahsia dan lakaran yang disematkan ke dinding. Wide Shots Will dan Stella yang menunjukkan mereka berdiri 5 kaki dari satu sama lain adalah halus tetapi penuh dengan emosi.

Filem ini penuh dengan adegan tragis satu demi satu. Tetapi bagi orang yang hidup dengan keadaan yang mungkin tidak akan membolehkan mereka bernafas sehingga 30 tahun, ia tidak semestinya menonjolkan secara berlebihan tentang ketidakpastian dan takut kepada remaja ini. Walaupun terdapat lapisan unsur yang menyayat hati, ia juga berjaya menangkap humor, pemberontakan yang semua remaja boleh kaitkan dalam kehidupan mereka.

Walaupun Five Feet Apart serupa seperti cerita cinta dewasa yang lain- remaja lelaki yang berperangai ala-ala bad boy, cinta yang tidak mungkin terjadi serta bahasa puitis yang keluar dari mulut pelajar sekolah tinggi berjaya membangkitkan emosi yang mendalam. Ini subjek yang rumit, tetapi yang pasti menjadikan Five Feet Apart sebagai tambahan kepada genre remaja filem emosi. Filem ini sudah pun ditayangkan di panggung wayang pada 21 Mac 2019.

Five Feet Apart
Adegan di mana mereka harus menjauhi satu sama lain sebanyak lima langkah.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE