SEARCH

Premier Muzik Video ‘Formation’ By Beyonce Di Laman Rasmi Youtube

Premier Muzik Video ‘Formation’ By Beyonce Di Laman Rasmi Youtube

beyonceformation2_stailmy

Kali pertama Beyoncé mendendangkan ‘Formation’ ke pengetahuan umum ketika dia membuat persembahan secara langsung bersama Coldplay dan Bruno Mars di acara Superbowl 2016, awal Februari lalu.

From that, ‘Formation’ has taken the world by storm.

Namun apa yang membingungkan, video muzik rasmi untuk lagu yang sering diperkatakan sebagai pencetus revolusi persada muzik Hollywood bagi 2016 ini tidak pernah sama sekali dimuat-naik ke laman Youtube rasmi milik Beyoncé Knowles. Aneh, bukan?

Sedar tak sedar, sedang 2016 sudah pun mahu berlalu pergi, akhirnya Bey membuat kejutan dengan pelancaran rasmi muzik video ‘Formation’ di laman utama Youtube dan juga boleh ditonton oleh semua peminat dari serata dunia (sebelum ini hanya boleh diakses melalui TIDAL atau Apple Music) *psst it’s all about the money…

A very nice year-end surprise from Queen Bey, I must say.

beyonceformation3_stailmy

‘Formation’ mengisahkan perihal ketidak-adilan sosial, isu diskriminasi dan kekejaman polis yang terpaksa dihadapi oleh kaum ‘berwarna’ dan golongan kulit hitam di Amerika Syarikat.

Secara sejarahnya, negeri-negeri di selatan Amerika Syarikat memang terkenal dengan sentimen perkauman yang menebal sejak zaman-berzaman and some say sehinggalah ke hari ini.

Lirik dan muzik video single pertama dari album ‘Lemonade’ ini memberi penghargaan dan dedikasi kepada negeri Louisiana, negeri asal usul keluarga berketurunan Creole (sebelah ibu Beyoncé) di selatan Amerika Syarikat.

Sembari berbaring di atas kereta polis New Orleans yang separuh tenggelam dalam bah akibat badai Katrina, Beyoncé berbangga menyarung pakaian tradisi Creole (kacukan orang kulit hitam dan Eropah) sambil menyanyi,

“MY DADDY ALABAMA, MOMMA LOUISIANA.YOU MIX THAT NEGRO WITH THAT CREOLE MAKE A TEXAS BAMMA.”

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE