SEARCH

Frozen 2 Soundtrack: 46 Runut Bunyi Yang Tidak Boleh Kamu ‘Let It Go’ ~

Frozen 2 Soundtrack: 46 Runut Bunyi Yang Tidak Boleh Kamu ‘Let It Go’ ~

Dengarkan 46 Runut Bunyi Untuk Frozen 2 Soundtrack

Bagi kamu yang tidak boleh ‘lepaskan’ Frozen 2 setelah menontonnya, kamu boleh sahaja mendengar runut bunyi filem animasi puteri ais yang sangat terkenal ini, sambil-sambil meminum susu coklat panas dan berselubung dalam selimut hangat.

Setiap lagu dalam senarai main Frozen 2 soundtrack ini akan membuatkan kamu ingin membuat orang salju (snowman) dengan adik-beradik perempuan kamu. Atau bayangkan sahaja, di negara kita yang tidak punya musim dingin ini, saya cadangkan kamu juga boleh bermain ais kisar dan kemudian meminumnya bersama mereka (ketawa).

Oh tidak, saya tidak main-main bila saya katakan kamu akan berasa seperti mahu bermain salju dengan riang ketika mendengar Frozen 2 soundtrack yang bakal saya senaraikan nanti. Namun tetap waspada, lagu perjalanan Elsa (Idina Menzel) mencari dirinya, kedengaran sedikit gelap kali ini. Mujur Anna (Kristen Bell) menyanyi ‘Some Things Never Change’ yang catchy untuk mengembalikan semula mood.

Terima kasih juga kepada penulis lagu suami isteri, Jennifer Anderson-Lopez dan Robert Lopez yang kembali untuk mencakna tujuh buah lagu baru untuk Elsa dan Anna. Kali ini adik-beradik diRaja Arendelle ini dan rakan-rakan mereka sudah sedikit dewasa, lebih bijaksana dan lebih beremosi. Masing-masing bukan lagi anak dara sunti.

Elsa menyanyi tentang perjalanan hidupnya yang tidak pasti sementara Kristoff (Jonathan Groff) juga turut menyanyi lagu balada bertajuk ‘Lost in The Woods’. Paling comel adalah Olaf (Josh Gad). Ya, orang salju hidup itu turut menyanyi tentang persoalan membesar dan mencari jawapannya.

Frozen 2 Soundtrack

Good Luck with that, Olaf!

Pendatang baru, Evan Rchel Wood yang memainkan watak Queen Iduna, ibu kepada Elsa dan Anna, menyanyi pula dengan suara lunak ‘All is Found’ sebagai pembuka album. Paling istimewa, Panic! At The Disco dan Kacey Musgraves turut menyumbang magis suara mereka untuk Frozen 2 Soundtrack ini.

Dengarkan Frozen 2 Soundtrack dan sedia berangan seperti sang puteri di alam fantasi salju, seperti berikut:

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE