SEARCH

#GoodVibesPlaylist Antara Dua Lipa, Gnash & 10 Lagi Pemuzik Antarabangsa Yang Harus Kamu Dengari Sebelum Ke Good Vibes Festival 2017

#GoodVibesPlaylist Antara Dua Lipa, Gnash & 10 Lagi Pemuzik Antarabangsa Yang Harus Kamu Dengari Sebelum Ke Good Vibes Festival 2017

Good Vibes Festival 2017 kembali lagi dengan barisan penuh persembahan hebat dari dalam dan luar negara yang berlangsung selama dua hari pada 12-13 Ogos 2017 di The Ranch, Gohtong Jaya, Pahang.

Festival yang menyambut vibe kebahagiaan ini turut mengundang beberapa nama besar dari industri muzik Hollywood untuk membawa vibe festival musim panas California ke banjaran Titiwangsa.

Tanpa mengira genre muzik apa yang kamu suka, Good Vibes Festival 2017 kali ini menyediakan empat pentas terbuka utama seperti “Red Stage” (Rock & Roll), “Blue Stage” (Alternatif)  “Star Club” (House) dan “Electric Field” (EDM) untuk kamu punya lebih banyak pilihan muzik sambil santai di bawah sinaran mentari dan bulan.

Ayuh dengarkan #GoodVibePlaylist yang saya susunkan ini – Antara Dua Lipa, Gnash dan 10 lagi pemuzik antarabangsa yang membuat persembahan di pentas-pentas Good Vibes Festival 2017, seperti di bawah:

1 – SHURA

Mengemaskini bunyi-bunyian muzik pop dan R&B dari era 80an dan 90an, pemuzik wanita kelahiran London Barat ini memberi pandangan baru terhadap muzik balada. Anak perempuan kepada pengarah British dengan pelakon wanita Rusia, Shura mula bermain muzik sejak berusia 13 tahun dan menerbitkan album sulung pada usia 16 tahun.

12 Ogos (Sabtu)
Masa: 6PM – 7pM
Pentas: RED STAGE

2 – GRYFFIN

Penerbit merangkap pemuzik yang pandai bermain aneka instrumen muzik ini telah pun memahat namanya tinggi pada dinding Hollywood. Gryffin terkenal kerana muzik dia yang memadukan muzik house dengan Indie dan Dance dalam erti gaya fesyen. Adunan (remix) dia yang paling jaya seperti “Animals” (Maroon5) dan “Desire” (Years & Years).

12 Ogos (Sabtu)
Masa: 7PM – 8PM
Pentas: BLUE STAGE

 3 – LIDO

Tiga tahun yang lalu, nama Lido masih lagi menjadi misteri. Pendengar-pendengar tercari-cari siapakah gerangan pemuzik yang memadukan muzik-muzik yang bertenaga dan unik ini. Nama itu akhirnya tersingkap, dia bernama Peder Losnegard, pemuzik dan pengadun bunyi yang baru sahaja berusia 23 tahun dan berasal daripada Norway.

12 Ogos (Sabtu)
Masa: 8PM – 9PM
Pentas: RED STAGE

4 – DUA LIPA

“Saya memang mahu jadi penyanyi!” tawa Dua Lipa. Semasa remaja, guru muzik Lipa tidak sedikit pun mengendahkan bakat muzik yang dimiliki wanita berambut coklat badam ini. Namun kini usianya sudah menginjak 19 tahun, bakatnya menyerlah di seluruh dunia, bermula di studio kecil London, membawa ke Los Angeles sampai ke New York.

12 Ogos (Sabtu)
Masa: 9PM – 10PM
Pentas: BLUE STAGE

5 – THE KOOKS

Kugiran British yang muncul awal abad Milenium ini menyerlah pada tahun 2006, tahun yang sama Arctic Monkey mengeluarkan album debut pertamanya. Dua kugiran ini mungkin musuh seteru dalam muzik, namun yang membezakan muzik mereka adalah rentak muzik The Kooks yang lebih rancak dan lebih kedengaran klasik Pop/Rock.

12 Ogos (Sabtu)
Masa: 1OPM – 11PM
Pentas: RED STAGE

6 – G-EAZY

Berbusana serba hitam dengan rambut gaya dapper yang memikat, G-Eazy menambah sentuhan elegan yang tersendri dalam industri muzik hip-hop. Jadi apakah harapan muzik bagi penerbit, penulis-penyanyi dan rapper yang eksentrik ini? Tentulah cerah seperti minyak rambut yang tersikat rapi pada belahan tajam rambutnya.

12 Ogos (Sabtu)
Masa: 11PM – 12AM
Pentas: BLUE STAGE

7 – ZHU

ZHU ialah karyawan unik yang tak perlu diperkenalkan lagi. Pada 2014, pemuzik yang sangat susah untuk didekati media ini melepaskan beberapa buah lagu yang menggoncang arena muzik house seluruh dunia. Membiarkan karyanya bercakap dengan sendiri, Zhu adalah pemuzik pertama tercalon dalam senarai Grammy yang tidak terkenali oleh barisan juri.

12 Ogos (Sabtu)
Masa: 12AM - 1AM
Pentas: RED STAGE

8 – GNASH

Siapa lah yang tidak pernah mendengar lagu keramat dia yang bertajuk “Hate You, Love You” bersama Olivia O’Brien ini, bukan? Penyanyi milenial dengan nama sebenar Garrett Charles Nash ini pandai mengadun muzik sentimental dengan alternatif R&B, sama seperti penampilan awal The Weeknd (sebelum mereka kedengaran terlalu mainstream sekarang).

13 Ogos (Ahad)
Masa: 7PM – 8PM
Pentas: RED STAGE

9 – SNAKEHIPS

Bermain muzik dalam beberapa jurusan seperti rap, elektronik dan R&B. Penerbit dan pemuzik asal United Kingdom, Oliver Lee dan James Carter mendapat perhatian antarabangsa dari 2012 hingga 2014 dengan lagu “Boiling” (Disclosure), “Hide” dan “Baby” (Rudimental). 

13 Ogos (Ahad)
Masa: 8PM – 9PM
Pentas: BLUE STAGE

10 – LANY

Kumpulan dengan tiga anggota bujang asal Los Angeles ini ditubuhkan pada 2014 di Nashville, Tennessee, USA. Paul Jason Klein dari Tulsa, Oklahama sebagai vokalis, Jake Goss dan Les Priest dari Nashville bermain dram dan gitar. Muzik mereka bernada dreamy pop dengan semangat R&B tulen.

13 Ogos (Ahad)
Masa: 9PM – 10PM
Pentas: RED STAGE

11 – KODALINE

Kugiran ini pula berasal dari Dublin, Ireland. Muzik mereka berentak harmoni dan sayu yang sangat mendamaikan. Kodaline menghidupkan kembali lagu-lagu dance-pop di corong-corong radio. Ya, sayangnya tentu sahaja kamu jarang mendengar mereka di stesen radio kita, saya pun hanya berkesempatan mendengar mereka di Spotify dan Youtube.

13 Ogos (Ahad)
Masa: 10PM – 11PM
Pentas: BLUE STAGE

12- PHOENIX

Kugiran asal Versailles, Perancis ini membawa elemen rock 80an mereka. Dengan vokal dikemudi oleh Thomas Mars, bass oleh Deck D’Arcy dan Christian Mazzalai selaku pemain gitar, mereka menubuhkan Phoenix di garaj rumah Mars, perumahan yang terletak di pinggir Paris pada 1997.

13 Ogos (Ahad)
Masa: 11PM – 12PM
Pentas: RED STAGE

 


You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE