SEARCH

Yuna, Joji & Sonaone Melengkapkan #GVF2019 Full Lineup

Yuna, Joji & Sonaone Melengkapkan #GVF2019 Full Lineup

Berita baik buat semua peminat muzik! Yuna (‘Blank Marquee’, ‘Forevermore’) akan menyertai barisan akhir (full lineupGood Vibes Festival 2019 (#GVF2019) yang bakal berlangsung pada 20 dan 21 Julai, bertempat di The Ranch, Gohtong Jaya, Pahang!

Menyusul rapat di belakang, artis antarangsa lain seperti Joji (‘Slow Dancing in the Dark’) selaku artis asia pertama yang berada di tangga pertama carta R&B/HipHop Billboard dengan albumnya yang bertajuk ‘Ballads 1’. Juga BAYNK (‘Come Home, ‘What You Need’), graduan kejuruteraan dari New Zealand yang bertukar kerjaya sebagai penerbit dan multi-instrumentalist artist.

Tahun ini juga bakal menyaksikan kerjasama antara Good Vibe Festival dengan Boiler Room, platform muzik bebas dari kota London, muncul membuat persembahan eksklusif buat pertama kali di Malaysia. Persembahan itu akan dirakam dan disiarkan secara langsung di Boiler Room X Good Vibes Festibal.

Tidak lengkap lineup tahun ini tanpa aksi artis tempatan yang bersetuju beraksi di pentas #GVF2019 seperti rapper kelahiran Malaysia-Perancis, Sonaone yang terkenal dengan lagu bersama Joe Flizzow untuk ‘Havoc’ dan ‘Apa Khabar’. Siapalah yang tidak mengenali Sonaone bukan? Kugiran Masdo (‘Bunga’, ‘Bercanda di Malam Indah’) turut menyertai #GVF2019.

Antara local act lain seperti LapSap, Lust (‘U I Adore’, ‘Desire’), DJ Aku Ash, Bad Habits, Robotron 5000 (‘Indiego) dan Lil Asian Thiccie. Tahun ini juga akan menampilkan showcase muzik kolektif, Hoax Vision bersama tetamu undangan misteri bagi mengisi hujung minggu #GVF2019.

Good Vibes Festival 2019 juga berbangga mengumumkan Maybank e-wallet MAE sebagai rakan e-dompet rasmi dan H&M sebagai rakan fesyen rasmi. Disokong oleh U Mobile, Netflix, MTV Asia, Fy FM, La Cremeria Nestlé, Nestlé’s Sjora sebagai rakan kongsi rasmi. Resort World Genting selaku lokasi rasmi.

Dengarkan senarai main Spotify pra #GVF2019 ini sebelum kamu ke The Ranch, Julai nanti.

Sonaone Melengkapkan Good Vibes Festival 2019 Full Lineup

Joji Melengkapkan Good Vibes Festival 2019 Full Lineup

BAYNK Melengkapkan Good Vibes Festival 2019 Full Lineup

Yuna, Joji & Sonaone Melengkapkan Good Vibes Festival 2019 Full Lineup poster

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE