SEARCH

GTLF2017 Monsters & (Im)Mortals: Pesta Sastera Terbesar Negara Pada Tanggal 24-26 November 2017

GTLF2017 Monsters & (Im)Mortals: Pesta Sastera Terbesar Negara Pada Tanggal 24-26 November 2017

Belum pun habis dengan bahang George Town Festival 2017, George Town Literary Festival 2017 (GTLF2017) pula kembali lagi untuk kali ketujuh penganjuran dan bakal berlangsung pada tanggal 24-16 November ini dengan tema Monster & (IM) Mortals.

Pesta sastera yang terbesar seumpamanya di Malaysia ini mendapat sokongan penuh dan dibiaya oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang. GTLF2017 melihat penglibatan ahli-ahli sastera, ilmuan, penyajak dan penulis dari dalam dan luar negara.

Ia merangkumi aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan sastera seperti perbincangan, ruang kongsi baca, diskusi, debat, pidato, persembahan tarian dan tayangan perdana.

Dengan tema tahun ini, Monsters & (IM) Mortals menjelajahi sebuah dunia yang dikuasai oleh kegelapan. Sebuah negeri yang diperintah oleh penguasa yang jahat, di mana mitos-mitos serta legenda yang menjadi sumber rujukan utama rakyat.

Akal hitam menguasai fikiran rasional, sehinggakan membuat malaikat turun berperang dan menentang sang raksasa yang sedang asyik menanam benih fikiran yang membinasakan.
Bernice Chauly selaku Pengerusi GTLF2017 berkata,

“Monsters & (Im)Mortals menyuluh terang pada gelap. Antara genius dan gila. Realiti dan fantasi. Elemen-elemen sastera di sebalik bayang-bayang manusia yang berselindung di bawah kata abadi.”

 

 

FOTO DARI INSTAGRAM GTLF2017

Sasterawan-sasterawan tersohor dari serata dunia turut menyertai GTLF2017.

Antaranya, budayawan dari Belgium; David van Reybrouck, penulis dari Indonesia; Laksmi Pamuntjak, penyair dari Iceland; Gerður Kristný, novelis Irish, Paul McVeigh, novelis grafik dari Singapura; Sonny Liew dan penulis-penulis tempatan seperti Zen Cho, Fahmi Mustaffa, Rahmat Haron dan Latiff Mohidin.

Terdapat juga “Penang Market Pop-Up” yang turut menyajikan sajian auntetik Pulau Mutiara.

GTLF2017 sempat disenarai-pendek sebagai calon penerima anugerah “Pesta Sastera Terbaik 2017” oleh The London Book Fair yang bakal berlangsung di United Kingdom, hujung tahun ini.

Selain Kerajaan Negeri Pulau Pinang, GTLF 2017 turut disokong oleh Kedutaan Belanda & Belgium di Malaysia, Sidang British-Malaysia, Institusi Budaya Ireland, Pusat Penulis Australia Selatan, Dewan Sastera Iceland, Sastera Singapura, Majestic Theatre Penang, Royale Chulan Penang dan Astro Shaw.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE