SEARCH

#WeekendPlaylist Layan Lagu-Lagu Gwen Stefani Era 2000’s Yang Cool

#WeekendPlaylist Layan Lagu-Lagu Gwen Stefani Era 2000’s Yang Cool

#LAMB15 Gwen Stefani Sambut Ulangtahun ke-15 Album Solo

 

View this post on Instagram

 

(@gwenstefani)

Sedar tak sedar, kurang dari sebulan kita bakal menginjak ke tahun baru, 2020. Bermakna tahun 2000 sudah pun berlalu dua dekad yang lalu. It’s honestly bananas: B-A-N-A-N-A-S. Dan penyanyi wanita yang saya suka layan era ini, tidak lain dan tidak bukan, Gwen Stefani.

Gwen Stefani adalah wajah 2000’s. Di era ini dia memulakan karier solo dan melancarkan album ‘Love.Angel.Music.Baby (L.A.M.B)’. Jadi sempena ulangtahun ke-15 ini, Gwen Stefani mengambil keputusan melancarkan pula album ‘Love.Angel.Music.Baby REMASTERED 15 ANNIVERSARY EDITION’.

Album ini diberi sentuhan semula oleh five-time Grammy nominee Chris Gehringer. Sebelum ini Chris berpengalaman membikin album-album selebriti papan atas Hollywood seperti Rihanna (Loud), Lady Gaga (Born This Way) dan Drake (Take Care). Cenderahati berupa t-shirt dan hoodie istimewa sempena pelancaran album ini boleh didapati secara atas talian.

Sempena pelancaran album ini juga, Stefani mempersembahkan medley L.A.M.B. di pentas The Voice.

Dia turut menyampaikan lagu ‘Hollaback Girl’, di mana lagu ini adalah lagu solo dia yang mendapat tempat pertama untuk carta Billboard Hot 100 dan menjadi lagu pertama menempa sejarah apabila dimuat-turun oleh pengguna lebih sejuta kali di atas talian.

“Saya rasa [Hollaback Girl] adalah lagu yang sempurna untuk saya menyampaikan apa yang saya ingin sampaikan dalam muzik,” ujar Stefani kepada Billboard.

Sementara itu, layan dulu lagu-lagu Gwen Stefani Era 2000’s ini untuk hujung minggu kamu yang cool~

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE