SEARCH

Hael Husaini Jampi 6.1 Juta Penonton! Imbas 12 Finalis #AJL32 Buat #WeekendPlaylist Kamu Yang Vaganza

Hael Husaini Jampi 6.1 Juta Penonton! Imbas 12 Finalis #AJL32 Buat #WeekendPlaylist Kamu Yang Vaganza

Lebih 6.1 juta penonton di- JAMPI oleh Hael Husaini sebagai Juara Anugerah Juara Lagu 2018 (AJL 32) yang telah berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, tanggal 11 Februari lalu.

Jampi - Hael Husaini - By STAIL.MY 1

Menurut Nielsen (laman perangkaan media), AJL 32 berjaya mendominasi separuh penonton dengan 56% market share mengatasi pelbagai program-program lain yang turut bersiaran pada masa dan waktu yang sama di stesen televisyen lain.

Selain itu, AJL 32 sempat tular selaku nombor 1 di Malaysia dan seluruh dunia. Mengikut statistik atas talian, tanda pagar #AJL32 telah pun digunakan sebanyak 3.5 juta kali di laman-laman media sosial utama seperti Facebook, Instagram dan Twitter, sepanjang tiga jam AJL 32 bersiaran langsung.

Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Johan Ishak berkata, “Kami berbangga dengan peningkatan jumlah tontonan tahun ini. Persembahan-persembahan finalis dengan tema ‘Fesyen & Muzik’ yang gah dan juga gandingan pengacara yang berjaya mengawal suasana,” tuntasnya.

A post shared by STAIL.MY (@stail.my) on

#AJL32 adalah antara yang terbaik pernah dianjurkan” –  Johan Ishak, Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima

Pemenang AJL 32

Persembahan 12 finalis AJL 32  yang lalu diadili oleh barisan 10 juri professional yang diketuai oleh Azmeer, Datuk Mokhzani Ismail, Datuk Wah Idris, Datuk Ramli Sarip, Datuk Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah), Helen Yap, Sharon Paul, Lokman Uzir, Edrie Hashim dan Aizat Amdan.

Keserasian Alif Satar bersama Sherry Al-Hadad sebagai pengacara juga berjaya menggamatkan AJL 32. Manakala acara Karpet Merah dikendalikan oleh Nana Mahazan dan Shuk Sahar.

Tahniah kami ucapkan kepada finalis-finalis lain yang turut bertanding seperti Dayang Nurfaizah, Ara Johari, Hazama, Salma dan Wany Hasrita yang bersama-sama berusaha dalam menyampaikan persembahan terbaik mereka demi AJL 32.

Kami rasa belum puas lagi dengan persembahan-persembahan finalis, nah saya pautkan sekali 12 persembahan #AJL32 supaya #WeekendPlaylist kamu lebih vaganza.
1) JAMPI – HAEL HUSAINI

2) SEJATI – AZMI CALIPH BUSKERS

3) TERGANTUNG SEPI – HAQIEM RUSLI

4) AKU CINTA – SYAMEL & ERNIE ZAKRI

5) AMBOI – ALTIMET

6) BAYANG – KHAI BAHAR

7) Lebih Sempurna – Syamel

8) Separuh Mati Ku Bercinta – Dayang Nurfaizah

9) Akhirnya, Cinta – Salma

10) AKU YANG SEBENAR – HAZAMA

11) Wany Hasrita – Menahan Rindu

12) WARKAH UNTUKKU – ARA JOHARI

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE