SEARCH

Baby Shower bersama HappiKiddo Meraikan Anak Kedua Hanis Zalikha

Baby Shower bersama HappiKiddo Meraikan Anak Kedua Hanis Zalikha

HappiKiddo, kedai bayi konsep homegrown, mengumumkan kerjasama rasmi dengan ibu selebriti, Hanis Zalikha. Diadakan di sebuah hotel mewah di Kuala Lumpur, perkongsian itu disambut melalui acara baby shower yang penuh keseronokan untuk pelakon / model / blogger tersebut serta mengumpul kawan-kawan dan keluarga rapat untuk berkongsi kegembiraan anak kedua yang akan lahir pada Jun 2019 nanti.

Bertema ‘gold’, majlis anjuran jenama pakaian bayi atas talian itu diadakan setelah melantik wanita berusia 29 tahun berkenaan sebagai duta rasmi mereka.

Hanis Zalikha

Hanis Zalikha

Menurut pengasas dan ketua pegawai eksekutif Happikiddo, Elaine Chew, tanda kolaborasi ini satu lagi peristiwa penting bagi syarikat itu, memperingati tanda ‘persahabatan’ mereka dengan salah seorang ibu moden yang paling dikagumi.

Chew berkata. “Kami sangat berbesar hati bekerjasama dengan Hanis dalam perjalanan kali keduanya menjadi ibu dan sebagai tuan rumah untuk acara istimewa ini. Hanis mewakili ibu-ibu hari ini, wanita moden yang komited dan mahir dalam pelbagai cara serta berusaha dalam kerjaya dalam masa sama membesarkan anak-anak dan menjaga keluarga mereka. Kami kagum bagaimana Hanis membesarkan Yusuf Iskandar dengan sendiri bersama Hairul tanpa sebarang pertolongan menguruskan perniagaan sendiri dan rumah tangga.”

“Baby Shower’ acara tradisi yang lazim dalam pelbagai budaya, di mana ibu mengandung diberi perhatian dan diraikan oleh kawan-kawan dan keluarganya melalui sebuah acara. Ini untuk menandakan transformasi wanita tersebut menjadi seorang ibu.”

Dengan fanbase dalam talian lebih daripada 4,8 juta pengikut, Hanis juga aktif berkongsi gaya hidup yang sebenar, tried-and-tested serta tips ibu di media sosialnya. Dia sering dilihat berkongsi pengalaman dalam memasak, keibubapaan dan fesyen di Instagram- memberi idea dan cadangan dalam topik berkaitan wanita.

Hanis adalah ibu yang indah dan profesional dalam bidangnya. Dia inspirasi dan peranan sebenar kepada ramai ibu. Kami berharap kerjasama ini dapat membantu ibu bapa dalam membuat pilihan yang lebih baik melalui banyak petua dan cadangan ibu bapa yang akan dikongsikan oleh Hanis,” tambah Chew.

Suaminya Hairul Azreen dan anak sulung, Yusuf Iskandar yang kini berusia dua tahun turut hadir bagi memeriahkan sambutan berkenaan. Gelagat Yusuf Iskandar yang berkeliaran dalam acara tersebut menarik perhatian orang ramai.

Hanis Zalikha

Hanis Zalikha

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE