SEARCH

IT – Hantu Badut Seram Stephen King Kembali Menghantui Pawagam

IT – Hantu Badut Seram Stephen King Kembali Menghantui Pawagam

It - Pennywise The Dancing Clown

Hantu badut bersama belon merah bukan lah suatu petanda yang menyenangkan. Selepas berbulan-bulan mengusik kalbu, akhirnya IT, filem badut kejam yang paling ditunggu-tunggu kini kembali menghantui pawagam seluruh dunia September ini.

Filem adaptasi novel seram nukilan Stephen King (1968), yang akhirnya dibikin menjadi filem pada 1990 ini berkisahkan penduduk sebuah pekan kecil di Amerika Syarikat yang sering kehilangan anak kecil.

Kehilangan misteri anak-anak kecil itu dipercayai diculik dan dibunuh dengan kejam oleh badut legenda pekan terpencil tersebut yang bergelar –  Pennywise “The Dancing Clown”, badut pembunuh yang tinggal di pembentungan bawah tanah.

Tim Curry memainkan watak sebagai badut jahat ini pada 1990, menakutkan seluruh lapisan generasi X dan Y ketika kecil. Kali ini peranan ini digalas oleh seorang pelakon lelaki baru bernama Bill Skarsgård.

It - Pennywise The Dancing Clown

Trailer terbaru yang berdurasi kira-kira dua minit setengah ini sangat menakutkan. Sekurang-kurangnya saya dapat mengimbas kembali beberapa babak ikonik dalam filem ini seperti babak badut jahat ini sedang memancing seorang budak lelaki ke pembetungan yang sampai sekarang saya masih ingati.

Menurut sumber dari Hollywood, filem ‘IT’ ini filem bahagian pertama. Bahagian kedua sedang menjalani penggambaran dan akan diumumkan sesi tayangannya kelak. Ia berceritakan pula perihal anak-anak kecil ini selepas 30 tahun peristiwa bahagian pertama itu berlaku. Legenda menyebutkan yang badut jahat ini akan membuat kemunculan setiap selang 30 tahun sekali, ketika anak-anak kecil tersebut telah pun dewasa.

Dia badut dari pelbagai era. Rambut dia yang berwarna merah, dengan gigi kuning yang tajam, memakai pula busana persalinan badut campuran pelbagai era (Medieval, Renaissance, Elizabeth dan Victoria) bakal menghantui kamu semula di pawagam seluruh dunia pada tanggal 8 September 2017.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE