SEARCH

The New Suicide Squad, Harley Quinn Tubuh Birds of Prey Squad!

The New Suicide Squad, Harley Quinn Tubuh Birds of Prey Squad!

Melalui iklan acah Birds of Prey, Harley Quinn (Margot Robbie) sudah tidak lagi hanya berperanan sebagai watak sampingan.

Dia break-up dengan teman lelakinya, ‘Puddin’ The Joker (Jared Leto) dan mengumpul teman-teman baru – sekumpulan wanita perkasa yang tidak betah untuk hidup tanpa lelaki!

Lupakan Suicide Squad: Meet the new Birds of Prey Squad!

Satu kumpulan baru yang dianggotai oleh watak-watak antagonis wanita yang kick-ass dan tentunya mempunyai kostum yang lebih menarik berbanding lawan jantina mereka.

Adakah Birds of Prey Squad hero? Atau apakah mereka penjahat? Ia rumit. Harley mungkin nampak comel dan mereka mungkin kelihatan menawan, tetapi mereka juga adalah ejen kekacauan.

Ayuh kenali terlebih dahulu 5 watak utama ini sebelum kamu menonton Birds of Prey di panggung wayang, seperti berikut:

 

Margot Robbie Sebagai Harley Quinn

Harley membuat penampilan pertama pada 2016 dalam Suicide Squad, di mana dia dan supervillains lain diberikan tugasan berat dan mustahil untuk menjatuhkan kerajaan yang korup. Umum mengetahui, Harley adalah bekas ahli psikiatri yang jatuh cinta dengan pesakitnya sendiri, Joker. Dia hanya memegang watak sampingan sebagai teman wanita Joker sepanjang filem tersebut berlangsung.

Kini Harley tidak lagi hanya memegang watak picisan. Dia adalah watak utama dalam ‘Birds of Prey’.

 

Mary Elizabeth Winstead sebagai Huntress

Dalam komik DC, Huntress adalah anak perempuan kepada ketua kongsi gelap. Dia menyaksikan ibubapanya sendiri dibunuh di hadapan mata oleh geng lawan. Jadi Huntress bertekad untuk menghapuskan sebarang aktiviti kongsi gelap di Gotham.

Kedengaran seperti watak baik, tetapi bagaimana dia boleh bergandingan dengan Harley? Sama-sama kita saksikan nanti.

 

Jurnee Smollett-Bell Sebagai Black Canary

Terdapat beberapa versi Black Canary dalam komik DC. Di dalam komik, dia mempunyai kuasa suara yang sangat nyaring bagi menumpaskan musuh. Di kebanyakkan versi juga, dia adalah pelawan bijak yang sangat berkemahiran tinggi dalam menumpaskan penjenayah terancang.

 

Rosie Perez sebagai Renee Montoya

Dalam komik, Renee adalah seorang detektif dari Gotham City Police. Dia kerap bersemuka dengan Batman kerana jawatannya di jabatan kepolisan tersebut. Kuasanya? Mahir dalam bab-bab perisikan sehingga digelar sebagai ‘The Question’. Dia watak lesbian pertama dalam DC.

 

Ella Jay Basco sebagai Cassandra Cain

Cassandra ialah anak perempuan kepada seorang pembunuh upahan terkenal. Oleh sebab itu, kehidupan kanak-kanaknya dijalani dengan peristiwa duka sehinggalah dia meningkat usia remaja. Dalam filem ini, Haley menyelamatkan Cassandra dan menjadikannya sebagai salah satu ahli dalam Birds of Prey Squad.

 

Birds of Prey akan menggila di pawagam di seluruh dunia pada 7 Februari 2020.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE