SEARCH

Harry Styles ‘Lights Up’ Pesta Seks LGBT Dengan Penuh Stail

Harry Styles ‘Lights Up’ Pesta Seks LGBT Dengan Penuh Stail

Nampaknya penyanyi-penyanyi solo mantan kumpulan One Direction sedang rancak mengeluarkan lagu masing-masing ketika ini. Louis Tomlinson dengan lagu neo-psych 90an, ‘Kill My Mind’, Niall Horan dengan ‘Nice to Meet Ya’ dan Zayn Malik dengan lagu berunsur elektro, ‘Rumors’ dan ‘Tranpoline’. Manakala Liam Payne bermain dengan R&B, ‘Stack It Up’. Harry Styles pun tidak mahu ketinggalan dengan mengeluarkan lagu bertajuk Lights Up.

‘Lights Up’ kedengaran seperti lagu pop yang disusun dengan baik. Harry Styles mengemas lagu ini dengan nada-nada organik, bunyi gitar lembut dan nada piano yang indah serta paduan suara Harry yang gemersik. Styles sangat menggemari lagu ‘Astral Weeks’ nyanyian Van Morrison dan ‘Blue’ nyanyian Joni Mitchell. Mengambil inspirasi daripada vibe lagu-lagu folk rock klasik ini yang dimadukan dengan bunyi-bunyi pop moden untuk ‘Lights Up’.

Harry Styles 'Lights Up' Pesta Seks LGBT Dengan Penuh Stail

Unsur terperinci dalam muzik video ‘Lights Up’, tepat pada waktunya. Di mana lagu ini dikeluarkan pada ‘National Coming Out Day’ di Amerika. Melayari 30 tahun golongan LGBTQ di US merayakan perjalanan hidup dan orientasi seks merdeka mereka. Sebagaimana yang boleh ditelusuri dengan ‘Lights Up’, liriknya tentang ‘menikam’ kegelapan di dalam hati kita dengan cahaya kebenaran.

Muzik video ‘Lights Up’ pula adalah sebahagian daripada pesta seks dengan tubuh saling bersilangan, perlahan-lahan menggosok, bergeseran serta membelai antara satu sama lain. Harry Style bergelumang dengan sosok-sosok tanpa mengira jantina; lelaki dan wanita. Dan terus berlayar bebas melalui pemandangan lampu-lampu neon merah, hijau dan biru pastel.

Gucci Harry Style Lights Up

Styles adalah wajah Mémoire d’une Odeur, wangian tanpa khusus jantina keluaran Gucci terbaru dan dia menyarung helaian dari pereka gender-fluid Gucci, Harris Reed. Semua ini digunakan Styles dengan baik sekali, bagaimana selebriti berpengaruh sepertinya meraikan kepelbagaian dalam industri muzik Hollywood.

Styles ‘bersinar’ dengan ‘Lights Up’

Apa pun yang terjadi, ‘Lights Up’ sesuai untuk kamu bersantai dalam mood sweater weather. Atau mungkin sahaja boleh saja kamu melayan lagu ini semasa city night drive kala kamu ‘bercengkerama’ malam-malam.

Gambar oleh Gucci & Rollingstones

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE