SEARCH

SEX & GENDER (THESE): Selangkah Ke Pameran Provokasi Manusia Sebenar

SEX & GENDER (THESE): Selangkah Ke Pameran Provokasi Manusia Sebenar

SEX & GENDER: THESE – A TOUR INTO HOMES & LIVES OF ACTUAL PEOPLE

THE HUMAN EXHIBIT SEX & GENDER (THESE): Selangkah Ke Pameran Provokasi Manusia Sebenar

Dalam masyarakat progresif hari ini, topik taboo seperti norma kehidupan, seks dan ungkapan jantina masih menjadi sesuatu yang tidak diendahkan dan sering dijauhi.

Seperti kata-kata Datin Paduka Marina Mahatir dalam ucaptama di forum #EmpowerSomething, “… anak lelaki dan anak perempuan seharusnya dilayan dan dianggap sebagai sama rata. Stereotaip jantina tidak digalakkan. Sebagai contoh terdekat, kanak-kanak lelaki boleh memasak (kalau dia mahu) manakala kanak-kanak perempuan (dibenarkan) bermain bola sepak. Paling penting, kedua-duanya harus melakukan kerja-kerja rumah,” ucapnya.

Namun begitu, dalam kalangan masyarakat kita masih terdapat stereotaip dalam menentukan orientasi dan identiti jantina yang sesetengah daripada kita tidakpun sedar kita sedang melakukannya.

Justeru, I’M Entertainment selepas melahirkan ‘The Human Exhibit: Mental Health’ – pameran kritis yang mendapat sambutan luar biasa tahun lalu – sekali lagi melancarkan instalasi kedua bertajuk ‘The Human Exhibit: Sex & Gender (THESE)’ yang bakal berlangsung pada 4 hingga 14 Julai 2019 di AkuSembunyi, Petaling Jaya, Selangor.

SEX & GENDER (THESE): Selangkah Ke Pameran Provokasi Kehidupan Manusia Sebenar

Apa sebenarnya ‘The Human Exhibit’ atau ‘Pameran Manusia’ ini? Gambarkan sebuah galeri seni yang kamu biasa lihat lukisan dan ukiran patung di dalamnya. Sekarang gantikannya dengan manusia yang sedang melakukan tarian, syair, pergerakan fizikal, monoloq, dialoq dan bermain muzik di setiap sudut berlainan yang terdapat di AkuSembunyi.

Menggunakan bahkan kamar tidur, kolam renang, beranda dan ruang makan, THESE akan membawa kamu ke dalam perjalanan kehidupan marhaen sekitar tema seks dan jantina.

Beberapa topik akan diterokai sepanjang ‘The Human Exhibit: Sex & Gender (THESE)’ berlangsung, merangkumi norma dan peranan jantina, maskulin toksik, cinta dan keintiman, prasangka, diskriminasi dan banyak lagi isu yang membelenggu spektrum seks dan jantina.

Untuk maklumat lanjut dan jadual acara The Human Exhibit: Sex & Gender (THESE), layari facebook.com/events/thehumanexhibitsexandgenderthese

SEX & GENDER: THESE – A TOUR INTO HOMES & LIVES OF ACTUAL PEOPLE TICKET

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE