SEARCH

Husin Hourmain Melakar Rukun Iman Di ‘Aku: Dalam Mencari Rukun’

Husin Hourmain Melakar Rukun Iman Di ‘Aku: Dalam Mencari Rukun’

Aku: Dalam Mencari Rukun… adalah pameran solo keempat bagi pelukis Husin Hourmain dan yang pertama semenjak pameran ‘Awal Hurouf Asal Hurouf’ (2013) yang merangkumi koleksi seni kaligrafi kontemporari terunggul di Malaysia.

Dihasilkan dalam hanya tempoh dua tahun, ‘Aku: Dalam Mencari Rukun…’ memaparkan beberapa elemen yang selalu diguna pakai Husin yakni abstrak espresionisme dan kaligrafi berteliti di dalam stail baru iaitu gabungan kayu dan gelas serta format instalasi.

Yang menariknya, koleksi terbaru ini memperlihatkan palet-palet warna yang jauh lebih gelap seperti emas dan hitam, yang sangat berbeza daripada warna-warna terang pada koleksi Husin yang lepas. Perincian yang halus memberi bukti perkembangan konsep dan teknik seninya dengan ketara sejak lima tahun lalu.

Aku: Dalam Mencari Rukun by STAIL.MY 1

‘Aku: Dalam Mencari Rukun…’ adalah berdasarkan enam Rukun Iman. Dalam turutan, ia merangkumi, “Percaya pada Allah”, “Percaya pada Malaikat”, “Percaya pada Al – Quran”, “Percaya pada Rasul”,  “Percaya pada Hari Kiamat” dan “Percaya pada Qada’ & Kadar”.

Digabungkan, rukun-rukun ini merangkumi satu aspek iman yang sangat penting dan Husin menggunakan siri barunya ini sebagai satu cubaannya untuk mencatatkan pendapatnya terhadap setiap rukun Iman dengan melalui penggabungan seni abstrak, kaligrafi dan teks, warna serta ikonografi yang minimalis.

Tajuk siri ‘Aku: Dalam Mencari Rukun…’ sangat bererti. Diterjemahkan, tajuk ini menandakan sikap dan perjalanann Husin dalam mencari diri di dalam enam Rukun Iman ini.

Dia menghasilkan beberapa karya seni untuk ‘Aku: Dalam Mencari Rukun..ini seperti “Nota & Yasin Untukmu”, “Allah Hudan terutama karya utamanya, “The Cube”.

Untuk maklumat lanjut, layari coredesigngallery.com

Aku: Dalam Mencari Rukun by STAIL.MY 2

Aku: Dalam Mencari Rukun by STAIL.MY 3

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE